02 December 2010

Betul ke ni kepala dia? Kenapa tak leh masuk?

Huwaa.....tension betul mama semalam,


Alkisahnya....baru nk mencuba gunakan zip meter, yeng leh customize ikut panjang yang kita nak tu..sumbat punya sumbat, tolak punya tolak, sampai dah jadik belacan zip mama yg kaler putih tu.


End-up, mama mintak tolong papa...buleh plak papa kata kepala dia x kena ngan zip..aish..dah penjual tu bagi macamtu, maknanya memang kepala dia la..last2...


"Tak reti la mama! Kalau kepala lain tu tau lah nak masukkan..." tettttttt (untuk bacaan orang yang dah berkahwin sahaja ye)


Last2, bawak mai opis, bagi akak R & D tolong masukkan, senang giler rupanya..kitorang buat tak kena cara...haha



Ni lah rupanya zip yang dah dibubuhkan kepalanya..perasan tak kalau u ols beli beg baru, selalunya kedudukan kepala zip tu kat tengah-tengah kan dengan keadaan kiri dan kanan masih bertutup...so, zip macam ni lah yang kilang2 buat beg tu selalu pakai :)

1 comment:

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

itu pekara biasa...bab zip ni kurenglah sikit..hahhahha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...