02 January 2011

Unplanned Vacation! Naik Genting tiba-tiba…

Masing-masing bangun dah lambat..bermalas-malasan di pagi Ahad.. Mula memang plan nak keluar gi beli barang dapur je..tetiba mama cadangkan nak gi Genting..hihii…saja-saja je..surprised bila papa cakap jom! Apa lagi…macam lipas kudung masing-masing bersiap… masa tu dah pukul 9.15am.

We manage to prepare the boy n girl before 10am. Keluar rumah, tapau nasik lemak ngan kuih-muih. Isi minyak, isi topup smartag..dalam kol 10.30am camtu bertolak.

Auni menyanyi je sepanjang jalan..seronok agaknya, nak-nak lagi bila dah sampai kat atas. Ada video dia nyanyi. Later mama upload.

First port yg kami berenti ni sebab nak isi perut ngan bekalan nasi lemak- Batu Berayun. Kakak cakap tejukkkkk…tapi memang sejuk betullah. Kalah Cameron Highland.

Dapat gambar berempat, buat auto setting-letak atas batu Smile Susah nak dapat gambar 4 orang ni…

100_2690edit

Kabus sangat-sangat tebal masa ni walaupun dah pukul 1pm. Sampai susah nak cari parking. Last2 turun ke level bawah2 jugak.

100_2699

 

100_2711[1]

Bila dah masuk kat dalam tu—

oh nooo…here is not my soul Sad smile 

Tempat bersuka ria begini memang bukan taste mama. Bingit telinga… Aniq pon tak nak duduk dalam stroller. Nak berkepit dengan papa je…

Bunyi bising macam tu mungkin buatkan dia rasa takut. Tak pe lah, lagi pon mama rasa ring sling is more better than let him be in the stroller alone, kan?

 

 

Cuma Snow World je yang menambat hati kami. Tapiiiii, tak buleh masuk! Sebab the kids under 3 yrs old..huhuu…frust! Tapi tak pe lah kan…jimat duit. Dapat ambil gambar pon dah kira ok la.

100_2708

This time-sangat tertarik dengan deco one of restoran, tak ingat apa nama nya. Tapi banyak betul makanan kering macam kekacang, mushroom dll yang diletak dalam balang ni.

100_2732

100_2737[1]

Singgah solat Zuhur dekat masjid bawah Balai Polis tu…sejuk sungguh air nya. Kebetulan plak kakak membuang, nasib kau lah kak kena basuh montot ngan air macam ais…ehehe.

Kejap je kat atas tu, dalam kol 3.30pm, kitorang turun singgah kat sini plak. Masa ni Aniq tidur. So, mama angkut masuk dalam baby pouch yang mama jahit sendiri haritu. Sangat selesa sebab baby melekap je ngan kita. Dia tidur pon nyenyak.

100_2746

Kat sini baru jiwa mama..hihii.. I love suasana yang tenang aman damai, tengok tumbuh-tumbuhan hijau..Buah-buahan…. Baru release tension. That’s why jiwa kami di Cameron, not in Genting. But ok lah, at least dah pernah sampai sini. Walaupon dah 25 tahun hidup, anak Pahang plak tu. Ni baru pertama kali mama jejak Genting..hihiiii

100_2758

Last but not least, hasil tangkapan siang tadi maka jadilah menu malam ni… Baby kailan + Lada benggala + Fresh oyster mushroom. Alhamdulillah…kenyang walaupun makan sayur je. Kalau gi Cameron ni sure lagi meriah sayur-sayurannya kan.

100_2761

5 comments:

Azrine said...

salam singgah...

Cik Jue said...

huhuhu..kak na selalu pergi genting tapi cameron sekali pun tak pernah pijak sedih sungguh

Mama Zara said...

azrine, thanks singgah...

kak na- jom gi cameron, best...rasa tenang je, tak serabut mcm genting. tp kalo dari segi sejuk tu rasanya genting lagi sejuk..sebab kat genting tu kecik je. cameron luas.

Hanis Azla said...

selalu tu perkara yg kita tak plan lebih menjadi kan..

Mama Zara said...

Hanis-yup, unplanned selalunya akan lagi seronok :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...