30 March 2011

Insurans Anak-Anak... Bukan Semua Orang Mampu :(

Mama tau, semua orang ada pendirian masing-masing. Tapi mama pinta, hormati lah pendirian orang lain juga kan. Bukan semua orang berada pada tahap yang sama dengan kita. Bak kata orang, ukur baju di badan sendiri.

Ye, mungkin akan ada yang cakap...berapa sen sangat lah yang diperuntukkan untuk insurans anak-anak setiap bulan...tak kan tak mampu kot. Tapi sila lah lihat kembali kepada keadaan diri orang yang diperkatakan. Kita tahu ke setiap inci masalah yang mereka hadapi?

Bukan semua perkara kita boleh kongsi dengan orang ramai. Perlu ke semua orang tau yang kita ni ibarat kais pagi makan pagi. Sampai malam-ikut nasib je, ada rezeki-dapat lah makan. Kalau tak de rezeki lebih- ikat perut lah.

Perlu ke orang lain menilai ke mana setiap wang ringgit kita mengalir? Oleh itu mama pinta, hentikanlah menilai orang. Biarkan mereka dengan cara hidup mereka. Yang pasti, semua orang pun nak yang terbaik untuk anak-anak.

Tapi, kalau dah tak mampu tu- ikut sahaja la rentak orang susah. Kalau sakit, ke hospital kerajaan je la jawabnya. Biar pun terpaksa menunggu lama berbanding swasta- tapi itu je pilihan yang ada.

Kalau anak-anak nak belajar, ambil je lah pinjaman yang disediakan. Walau interest tinggi melambung, itu je jalan yang terbaik. Biarlah anak-anak yang berfikir sendiri untuk masa depan mereka nanti. Ibu bapa dah buat yang terbaik dengan membesarkan kita.

That's how my parents treat me.

19 comments:

wida said...

sy dulu belajar pon..mak ayah suruh guna duit pinjaman.dah kerja pandai2 lah byr sndiri..
skrg dah kerja sendiri, dah berkeluarga baru paham setiap sen begitu berharga..pasal insurans tu mmg lah atas kemampuan masing2.tepuk dada tnya selera..

Mama Zara said...

ye wida..tepuk dada tanya selera

tp segelintir manusia ni suka lah memandang rendah pada orang lain yang tak berbuat seperti mereka :(

Sidratul Muntaha said...

ukur baju badan sendirik mama..
btw,klu boleh elak la ptpn
riba tu...
klu tak daya sgt..
simpan ler tabung haji tuk ank2..
sepoloh ringgit pun jdi mama klu tak mampu beli insurance.
insurance yg palign murah pun 50 ringgit.
klu anak 2 org takperlah..
klu anak ramai?!
mampos!
simpan jer tabung haji tuk ank2.
bonus tinggi dari asb or mana2 palaburan...
asb pun tak digalakkan sebab tak ptuh syariah.
sikti2 lama2 byk mama..
jgn tak simpan lansung..
simpan duit sikit sementara 6 bulan anak2 tuk sebelum dpt pinjaman pelajaran tu...
harap dpt membantu dan jgn sedih2 la...
mulut org,dia mmg selagi tak kena btg idung dan klu dia jenis hidup mgm suke menadah tangan dgn org lain,mmg gitulah..
aku pun datang dari kuarga yg melarat jugak...

Mama Zara said...

Sidratul Muntaha...manusia macam ni tak perlu kita beritahu kalau kita ada simpanan sendiri untuk anak-anak kan.

Kalau dengar amaun sploh hengget sebulan agknya digelakkan aje...

fae said...

usah dihiraukan manusia itu mama zara...
family kita, tau la kita camna nak uruskan..setuju dengan pergi ke GH sahaja.. sbb di sana pun tak kurang kualiti ubatnya..

klu nak mengada ke swasta, tepuk poket sendiri.. tiada siapa yg melarang...

Mama Zara said...

Betul tu kak fae- tapi kadang terhiris hati bila ada yang mengagungkan sangat berubat di klinik/hospital swasta di depan kita yang tak mampu ni :(

Unknown said...

dari dulu sampai skrg suka pergi klinik atau hospital kerajaan, lama menunggu pun berbaloi...

menyimpan sikit2 untuk keperluan masa depan. Betul kata Wani, ikut kemampuan, nak beli insurans untuk anak2 kalau sorang tu ok lagi, bila dah ramai, mmg tercekik juga..huhu.

Mama Zara said...

kak yus...sedih bila ada yang perlekehkan daku yang sanggup menunggu berjam2 utk dapatkan rawatan di klinik/hosp gomen :(

Ibu Aqmar said...

terpulang pada kesabaran masing2..apa yang berlaku ade hikmahnye.

saya ni ade insurans pun, rasa cam nak stop je.every month cam sengsara je sbb tak cukup duit.rasa cam lebih elok simpan duit je.bila susah boleh gak draw..huhu

sya said...

huhu,wani..daku ni kalau x krn company asri cover,gamaknya gomen gak...

ala mulut org,besela...dah imun sgt dah..lame2 nnt diam sendri..

yg penting,ada aku kesah...anak cukup makan pakai,syukur alhamdullillah...

Mama Zara said...

AkmaFaizal...tu yg saya nak elakkan

mungkin bulan ni kita rasa mampu, tp bulan2 akan dtg? sudahnya terpaksa stop gitu je..tak pasal2 rugi, tambah2 lagi kalau tak capai waktu matang kan :(

Mama Zara said...

syida...kalau company dah cover...grab je la peluang yg ada tu kan... :)

MummyGurl said...

stuju dgn SM simpan sket2 untuk anak2,jgn tak simpan lgsg,mmg kt rs tak mampu,tp sket2 lm2 jd bukit,mama akak bukak tbg haji kami 5 beradik dgn rm20 stp bulan,dr kecik smpai ktorg kawen br stop,alhamdulillah,blaja pun tak de sorang pun amek ptptn

Artzlizan said...

memang patut insurankan semua anak2...ada jaminan...bagi yang mampu sila teruskan...

Butik Noraz said...

makngah daku kan pesan bersimpan utk anak2..setiap anak sebulan RM10 pon dah cukup..sebab dia buat camtu masa anak2 dia kecik2 lagi

Mama Zara said...

kak ijan...ye kan..simpan sikit2 pun memadai kalau tak ambil insuran :)

Mama Zara said...

puteraduyong...byk kes yg sy tgok, tak sampai tempoh matang lagi trpaksa cancel insuran sbb tak mampu nk teruskan...so, dlm case ni dah membazir namanya...prefer simpan sendiri lg bagus.

Mama Zara said...

yup ima...sebulan sploh pun dah ok kan.

Sya said...

Wani = a'a...daku wat kat both sarah camtu...pastu mana ade org sedekah kat depa,duit raya ke,masuk sume...bukak sspn gak kat depa,buat syarat...

ni tgh berkire2 nak masuk asd...sbb boleh gune epf..tp kene lump sum 1k..klu x pki epf,rm100 nak bukak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...