10 May 2011

Kahwin oh!! Kahwin:Best ke Kahwin???



Tarikh Mula: 3/5/2011

Tarikh Tamat: 3/7/2011

Tempoh : 2 bulan

PERINGATAN: Anda Yang Tidak Kahwin Pun Boleh Join!! Just Write it out…

5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin

1) Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!

2) Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.

3) Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.

4) Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.

5) Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.

Keseluruhan Hadiah Dianggarkan Bernilai RM700 dan InsyaAllah terus meningkat!!

Bila cerita pasal kahwin, mesti orang fikir yang best-best je kan… Kalau versi nak bagi yang masih couple-couple tu jealous,

“Kitorang dah kahwin, so dah halal la nak buat apa-apa pun..kih..kih..kih…”

Kalau ayat-ayat dari orang alim-alim ni, maka keluarlah statement gini pulak,

“Ana kahwin ni sebab mengikut sunnah Rasulullah…”

Yang macam ni pun ada… “I kahwin sebab dah terlanjur, so what???”

Walau apa pun alasan anda berkahwin, ingatlah bahawa kahwin tu bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu semata-mata, tapi ianya juga melibatkan TANGGUNGJAWAB… pada suami atau isteri, pada zuriat yang bakal dilahirkan dan juga pada sistem rumah tangga yang dibina tu sendiri.

Sebelum nak kahwin tu, kena juga lihat kewangan diri sendiri, dah mampu ke nak tanggung anak dara orang? Atau dah mampu ke nak berkorban masa untuk berbakti pada suami?

Kalau buat si suami… perancangan ekonomi tu penting. Bajet kena buat betul-betul, kalau tak, nanti lepas kawen dok asyik bayar hutang bank tak habis-habis. Time kenduri kendara kemain meriah lagi… Semuanya hutangggg….memang lah senang bro… Tapi lepas tuh? Hari-hari kau makan nasik ngan kicap je…kih kih kih….

Zaman sekarang ni dah moden, nak buat bajet kenduri boleh surf kat internet je… Banyak laman web yang sediakan perkhidmatan berkaitan perkahwinan ni. Kau pergi je kat MyKahwin.my Tak payah dah berpeluh ketiak keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai macam aku dulu. Dari Klang aku berkejar ke Jalan TAR. Dulu tak macam sekarang. Hujung jari pon kau leh survey dengan mudah.

Cakap je nak cari apa? Kat 1tradezone semuanya ada… Eh..kat 1tradezone pon kau leh jualkan balik barang2 perkahwinan yang kau rasa tak nak pakai lagi lepas majlis. At least, ada lah pulangan sikit kan bila kau spend untuk barang-barang kahwin.

Sebab apa aku kata kewangan yang stabil tu sangat penting? Kau ingat kahwin ni nak seronok-seronok, beramah mesra dengan pasangan secara halal je ke? Eh..eh… jangan lupa, beramah mesra yang terlebih ‘mesra’ tu nanti akan melahirkan zuriat yang kau kena tanggung makan minum, pakaian, perubatan yang bukan sikit belanjanya kalau zaman sekarang nih.

Maka, sebab tu aku kata jangan fikirkan ekonomi kau dah lepas nak tanggung majlis kenduri je beb… Fikir dari segenap segi. Aku menulis berdasarkan pengalaman. Semoga kesilapan aku dulu tak diulang kembali oleh kalian. Selamat Berbahagia!

p/s: Entry ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang dah meninggal dunia *peace*

Nak Join Klik---> SINI

7 comments:

UpProfits FX said...

Best wooo kahwin..hehe

indah atau tidak alam perkahwinan bergantung pd bagaimana kita mencorakkannya..

Good Luck Mama Zara!

UpProfits Latest Entry : [Hangat] Oh! Indahnya Alam Perkahwinan..

hasmardy said...

semoga berjaya

.::: Princess MOMOY :::. said...

seronoknya baca entry sis
semoga berjaya yer sis

Katak Puru boleh dimakan???"

Cerita tentang... (kalau korang nak tahu je la)"

Sofya said...

comelnya wani.. seri pengantin terserlah

Ansof86 said...

comel..comel pose yang post tu...
betul..betuyl.. macam2 alasan untuk berkahwin..

tapi yang penting untuk melangkah ke alam perkahwinan perlukan persediaan rohani dan jasmani..zahir dan batin...

aku tak kawin lagi... tak sedia lagi

dhiera zainudin said...

good luck kak~
dalam plan nak kahwin ni~

deqlis said...

gud luck!
Jom join GA Deqlis.. Timaceh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...