Salam semua, hari ni mama sangat2 tersentuh dengan luahan hati kak azima. Apa kena mengena dengan Buffet Ramadhan?
Biasa lah dah dekat2 nak puasa ni kan, sana sini orang duk promosi pasal buffet kat hotel atau restoran2 mewah (pada pandangan mama lah), yang rata-rata majoriti harganya RM50++ sekepala, dan ada juga yang mencecah sehingga RM100!
Harga yang sangat tak masuk akal bagi kami... Mungkin, orang akan cakap...orang tak berduit...memang lah harga tak masuk akal, cuba kalau kamu berduit...mesti akan join jugak buffet sebegitu. Ye, memang mama akan join jugak...tapi hanya jika dipelawa dan ada yang membelanja...huhuu
Sedangkan bila makan fastfood/seafood di Port Klang yang cecah RM 50 untuk 2 kepala tu pon mama teringat2 kan keluarga kt kampung bila kita makan sedap, mereka kat sana makan apa lah agaknya,,,, ni kan pulak buffet yang nilainya berpuluh2 ringgit untuk satu kepala!
Kadang2, bila kita tak pernah merasa susah... kita tak akan pernah nak fikirkan keperitan hidup orang lain kan? Tapi ada juga yang dulunya merasa susah, bila dah senang dia jadi lupa diri... tak pedulikan lagi kaum kerabat yang masih hidup susah tu. Dengan alasan nak reward diri sendiri.
Hurm..lain orang lain pendapat. Semoga Allah memelihara kami, agar tidak lupa diri kalau dah senang nanti. Berikut merupakan fakta-fakta di sebalik pembaziran makan secara Buffet, yang mungkin kita tahu, tapi kadang2 buat2 tak tahu:
- Perbelanjaan yang tinggi- Kos makan untuk dua orang katakanlah, RM 60. Kalau kita ke pasar, beli bahan mentah...dah dapat stok makanan untuk seminggu. Okey, tu kalau rajin masak. Kalau malas sangat pun, tapau kat pasar Ramadhan...RM 60 kalau mama, boleh la belanja untuk tapau makanan selama 4-5 hari. Dengan syarat...terus ke tempat makanan yang nak dibeli...Jaga nafsu makan, tu yang paling utama.
- Melencong dari matlamat Puasa- Puasa yang sebenar-benarnya bukan sahaja menahan nafsu makan, tetapi segala-galanya (menurut bahasa), manakala menurut istilah rasanya semua orang pon tahu kan...menahan lapar dan dahaga, dari terbit fajar hingga matahari terbenam. Maka, wajar ke masa berbuka tu kita makan ibarat nak balas dendam dengan waktu siangnya yang menahan lapar dan dahaga?
- Pembaziran makanan - Agak-agak, lebihan makanan/ lauk yang kadangkala sampai berpuluh jenis tu, habis tak semuanya? Kalau tak habis, ada ke staff2 hotel yang nak tolong perhabiskan nanti? Sapa nak makan lebihan orang ye tak...penyudahnya ke mana? Tong sampah jugak...huhu...part ni mama memang tak boleh tengok. Boleh menitik air mata tengok orang buang makanan sebab kita kadangkala nak makan pon bercatu.
- Ibadah yang tak sempurna - Makan buffet, sumbat perut dengan macam2 makanan. Sampai masa nak solat, dah jadi mengah. Nak terawih...pon rasa malas, walaupon ada hotel yang sediakan surau...dan siap dengan rules boleh makan sampai jam 10 misalnya...tapi cuba jenguk surau itu... sama ramai tak dengan jumlah yang makan tadi?
Nota kaki: Kami selalu berbuka dengan hidangan ringkas je. U ols macamana?
11 comments:
Suka entri Wani ni....
betul tu setuju sangat. Memang satu pembaziran. Tapi dah nama pun buffet, dia kata makan sampai kenyang. Nak cover costlah tu konon.
Ada masa kami berbuka dengan lempeng dan sambal tumis je pun dah kenyang, alhamdulillah.
Tapi bila hari tu menjengah ke bazar Ramadhan, banyak juga di beli, adakala mmg tak habis. Tulah namanya nafsu menguasai diri, masa lapar semua nak, walhal bila dah waktu berbuka tu, minum air dengan sebiji kurma pun dah cukup kan...:)
akak rasa betul gak..dgn kita ade anak kecik..nk mkn pun berhambat2..nasi xsempat turun ke perut..anak dah nk balik...
bulan posa ni..nk mkn kenyang setara mana sgtkan..teguk air dua gelas dan rasa penuh perut.,.
masak sdiri atau beli seketul dua kuih kat param ok la..hehe
dni makan kat umah je hehehe ada yan umi masak, ada lauk yang beli kat bazar :D
seingat wida..pose tahun lepas sekali jer mkn bufet. tu pon sebab abg long yg belanja..
kalau nak mkn sendiri..idoklah!
Akak lak, kalau kat sini rasanya lebih puas hati masak sendiri utk berbuka... Walaupun ringkas... Kalau beli pn dah la mahal, kebanyakannya x shedap pulak tuh... So dah la membazir, x psl2 kita 'menyumpah' lak kat makanan tu, so dpt ler dosa kering... Tapi kalau kat kelantan, memang nafsu nak beli tu membuak2, nampak tu nak nampak ni nak...huhuhu... sib baik x puasa sebulan kat kg...
Tentang buffet tu, ada jugak pergi, tapi selalunya pegi yg bwh RM30/head... Nak buat camana, kekadang, bila dpt 'lebih' skit tu, hubby belanjalah budak2 dia... At least sebagai motivasi utk soh lebih rajin bekerja... Kalau nak ganti duit instead, takkan nak bg RM30-50 jer.... Tapi last year kitaorang pergi lepas buffet, makan ala carte, lagi murah sebenarnya kalau untuk ramai org, dan kita bayar apa yg kita mkn, dan lagi puas hati....
Betul kan kak yus point2 wani ni?
orang kita sekarang ni ghairah sangat dgn berbuka kt hotel :(
dni...tu kira ok lah :)
wida...kalau kita sendiri yg nk pergi, memang fikir panjang lah kan.
kak sarah-najwan, makan ngan anak2 kecik ni, paling selesa adalah di rumah kan...hehe
kak Bie...tu lah seboleh2nya kita cuba lah kan elakkan membazir secara melampau ni... :)
makan buffet rm30++,40++ dn lebih lagi tu rasanye klu jenis yang mmg mkn byk takpe la kut, kurg sket rasa membazirnye. Tapi klu tahap sy ni jenis mkn nasi sepinggan dan lauk biasanye 2 jenis je pun dh kenyang.. huhu..mmg bleh rasa membazir duit gak la..sbb kdg2 hrga sekali buffet tu bleh mkn utk bbrp hari.
Post a Comment