Semakin hampir dengan tarikh appointment bersama PAED, semakin mama rajinkan diri surfing permasalahan2 kesihatan mengenai kepala bayi. So, berikut merupakan yang paling ditakuti bila berkait dengan kepala ni:
Hydrocephalus.
Sefahaman mama yang hanya ada ilmu perubatan peringkat asas sahaja (read: masuk belajar kursus sains hayat tak sampai 2 minggu sebelum tukar kursus...hehe), hydrocephalus bermaksud lebihan cecair di otak.
Air yang terkumpul ni akan menyebabkan tengkorak turut sama membesar dan ianya boleh menyebabkan kematian.
Info pertama, dah cukup melegakan mama sebenarnya. Sebab dalam kes Aniq, bahagian yang kelihatan berlainan dan yang mama syaki ada bendalir tu merupakan di luar tengkorak, kira di antara lapisan kulit kepala dan juga tengkorak. Kulit tu, kalau ditekan-tekan memang dapat rasa lembut2 (air) dan tekan lagi, masih dapat merasai kerasnya tengkorak.
Tapi naluri dan hati ibu, tak cukup dengan satu bukti saja kan? Mama korek lagi info untuk mendapatkan simptom-simptom penyakit kepala besar (hydrocephalus) ni.
Mata yang kelihatan pandangannya ke bawah (Sundowning) - TIADAMudah marah - TIADASawan - TAK PERNAH Mengantuk - HURM..TIADAMuntah - SETIAP KALI DIBERI EBM.. SETAKAT NI MEMANG HARI-HARI MUNTAH :(
So, mudah-mudahan Aniq Zaquan dijauhkan dari penyakit ini.
2 comments:
insyaAllah..aniq zaquan xapa2. Bykkan berdoa:-)
ehmmm ... bab kalo bg susu muntah tuh, biasanya ader sumthing wrong kat kepala. sbb biasanya kalo bb jatuh kepala terhantuk, bg susu then dia muntah mmg kena refer kat dokter. nih yg apa kengkwn mama bgtau kat mamalah kan.
tp harap² lah aniq sehat yer. mintaklah dijauhkan dr apa² perkara yg tak elok. Amin!!!
Post a Comment