30 November 2010

Tercabar Kesabaran, Tergugat Keimanan...Happy Beday BA

Sebelum tu, Happy Birthday yang ke brapa mama tak tahulah..untuk blogger tegar yang sentiasa mengupdate blog nya ntah brapa belas kali sehari...waa...kagum u! Sapa lagi kalo bukan Ben Ashaari...Mama doakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki..amin.

Menyentuh mengenai kesabaran dan keimanan pulak, ni khas untuk geng2 kaum wanita yang dah bergelar ibu....pernah tak u ols rasa hilang sabar mengadap kerenah/ ragam anak?

Mama rasa macam hampir2 nak gila meroyan bila kenangkan perangai si kakak yang kuat meragam lately ni... ada cara tak nak tenangkan anak yang suka mengamuk ni?

Kadang mama akui, memang seolah-olah dirasuk untuk memukul si kakak ni dengan niat dia takut kan kita. Tapi still mengamuk, xde ubatnya. Dia rasa nak berenti, baru berenti. Tapi biasanya lepas dah marah-marah, mesti mama akan peluk dia kuat2...cakap mama sayangkan dia...huhu..sapa tak sayangkan anak kan?

5 comments:

Shaofie said...

happy bday to abg ben!!

godmorning mama!!!

~ yus ~ said...

Cuba pujuk sekali atau dua kali aje. Kalau dia masih mengamuk, biarkan saja. Dia sebenarnya saja cari perhatian kita. Lama-lama nanti, bila dia rasa seperti tak di pedulikan, dia akan diam sendiri. Lepas tu, barulah tanya dia kenapa sebenarnya dia mengamuk. Ni dari pengalaman sendirilah ni.

Mula2 memang susah, tapi lama2 ok je. Sekarang dah takde perangai mengamuk tu lagi. Sebab dia tahu, bila dia mengamuk, ibu dia buat dekk je. Marah tak, pujuk pun tak.

Mama Kembar 3 said...

setuju dgn yus. mama pun buat camtu gak ngan si kembar, tp masalah skit kalau yg mengamuk tu bila tgk kita tak pedulikan dia, dia pegi pukul abg/adik dia plak... time tu mama pun mula nak naik hangin jugak hehehe... last last ambik peluk & nyanyikan La ilaha ilAllah sampai dia tenang, it works for my triplets most of d time :-)

Mama Zara said...

yus...thanks, bagi mama cara tu mungkin bleh apply utk kids yang dh nk masuk 3 tahun, dia dh besar dan dh faham...

si kakak ni x sampai 2 tahun lg, mama tau dia nak kn perhatian kita sbb jarak umur dia ngan adik rapat sgt, adik dah nak masuk 4 bulan.

tambah lagi bila si nenek nya masuk campur...lagi lah dia x nak dengar langsung cakap mama...nenek..biasalah, suka manjakan cucu..lama2 naik lemak budak tu..huhuu

Mama Zara said...

mama kembar: kadang me peluk dan berselawat kat telinga dia time mengamuk pun dia meronta2 jugak..end up, mesti papa dia je yg boleh calm down kan budak itu...

kadang rasa cemburu dan kecik ati..sket2 papa...mama ni macam x wujud :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...