Tiket first class. Tak lama. Perlawanan dah mula, terus tumbang.
Hari ini dalam sejarah 29.dec.2010 bertempat di stadium Gelora Bung Karno senayan pasukan bolasepak malaysia dengan bimbingan jurulatih K.Rajagobal menjulang piala AFF suzuki yang dulunya dikenali sebagai piala Tiger buat pertama kalinya setelah mengalahkan indonesia dengan jaringan agregat 4-2 .Lebih membanggakan pemain malaysia safee sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dan menerima anugerah kasut emas.Tapi yang peliknya kenapa diaorang tak bagi anugerah pemain terbaik kat pemain malaysia? alih2 yang dapat mpv award tu kapten indonesia iaitu Firman yang gagal menyempurnakan sepakan penalti, apa pun tak boleh la diaorang ni.
Dalam pemerhatian papa disini setelah melihat kapten malaysia syafiq rahim yang mencipta sejarah orang malaysia pertama yang menjulang piala AFF suzuki ini, rasa bagaikan dapat menjulang piala dunia la pulak. Apa pun papa dengan semua rakyat malaysia memang gembira sangat2 sebab tu la papa sanggup mengomel sikit kat sini. Betullah orang kata, bola tu bulat, macam2 boleh terjadi, kalau nak di ikutkan pada first game dalam kumpulan malaysia dah tewas dengan indonesia 5-1, macam tak percaya la pulak indonesia boleh bungkus dalam final game. Papa nih dulu pemain bolasepak jugak kat sekolah, boleh di labelkan kategori yang terror2 la jugak… kalau tak caya tengok peha pun dah tahu…ahli sukan punya peha…zasssssss.
Yang lawaknya dalam final game piala AFF suzuki ni papa perhatikan, tak pernah dalam sejarah pemain malaysia naik kereta kebal dari hotel menuju ke stadium. Korang nak tahu kenapa? Ini disebabkan faktor2 keselamatan pemain dari ancaman penyokong2 fanatik indonesia.
Pergh….. dashyat2…. kira macam penyokong kelantan la juga, fanatik2…Lagi satu yang papa perhatikan dalam game final ni, kameraman asyik fokus kat cewek2 indonesia yang ganteng2 je, macam nak promote la pulak kat pakwe2 di malaysia ni, boleh ke macam tu? hehe….secara keseluruhan papa tengok game final tu memang terhibur, ada peningkatan bolasepak di malaysia ni, pemain sekarang dah tak malas dah nak mengejar bola macam zaman kegemilangan raja bolasepak kita dulu allahyarham MOKHTAR DAHARI… apa pun tahniah sebab piala AFF suzuki ni menjadi milik malaysia dan semua rakyatnya. MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!
1 comment:
defend masih malas
kekeke
Post a Comment