"Yang, buatlah entry pasal callman ni, abang boleh bagi info..."
Oh..mentang-mentang lah sekarang ni berkawan dengan callman, siap nak soh mama buat entry plak. Tapi bila mama fikir-fikir balik...why not kan...lagi pun mende-mende camni penting untuk mama share ngan korang, especially kaum wanita yg accident bila memandu sorang-sorang. Sure korang panik ah! Jangan tipu la kalo korang cakap korang rileks je...
Tips mama bagi ni hanya applicable kalao korang eksiden cium-cium montot je lah. Kalau dah terbalik masuk dalam gaung tu, tok sah fikir lagi tips mama ni kan.
Mula-mula sekali, mesti korang akan didatangi beberapa lelaki. Kalau sorang je lelaki, bagus jugak! Tak payah korang dengar orang bertekak rebut pelanggan. Lelaki-lelaki ini dipanggil callman. Korang tak call pon diorang datang...haha...sebab dah memang kerja diorang terpacak tepi jalan tunggu eksiden ni...
Then, diorang akan perkenalkan diri. Masa ni sure diorang akan bagi kad. (Rules callman: Sapa yang pertama bagi kad, callman lain tak leh kacau dah). Kalau korang ragu-ragu, sila lah call nombor bengkel a.k.a tokey diorang yang terdapat pada kad itu. Untuk mengesahkan yang itu adalah callman betul..bukan cobaannnnnn...Awas..manusia sekarang ni menipu dengan pelbagai cara. So, be careful. Kalau henset korang tak de kredit ke...pinjam je tepon mamat tu hokeh. Konpem dia bagi punya!
Tapi kalau korang dah ada mekanik sendiri, cakap baik-baik...korang nak hantar gi bengkel yang korang biasa gi tu.
Biasanya, kalau korang tak tau nak buat apa, mesti guna jugak khidmat callman tu. Sebab kalau korang hantar keta tu ke bengkel diorang, Nanti mamat tu akan hantar kan korang balik, atau hantar la ke mana yang korang nak suruh hantar.
Nanti bila dah settle semua dan korang settle claim insuran, baru lah ada habuan untukcallman2 ini. Tu lah rezeki diorang.
Nanti mama tanya lagi kat papa. Apa lagi dia nak share, okay?
*Entry c&p dari another side of me :) *
4 comments:
selalu nya kalau setakat kemalangan kecik je.... selagi keta bole jalan... seelok2nya perempuan sekalian kena la pergi ke balai yg terdekat.. takut2 org sengaja nak langgar dan nak rompak....
itu yg sy praktik kan
yup iLa...kalo kemalangan kecik, better kita drive ke balai. tapi ni kalau keta pon da x leh start, tpksa la guna jugak khidmat mereka :)
call man elok kol kawan2 dulu..hee
callman+callmoney. hahaha...cas memang masyukkkk
Post a Comment