16 December 2010

Mode: Mengandung Lagi

Hurm...Aniq Zaquan baru nak masuk 5 bulan ye, sila jangan fikir mama pulak yang mengandung lagi, kalau betullah..haruuuu..huhu

Semalam pun mama tak tahan dah diuji menjaga 2 orang budak itu secara berseorangan, kol 530 baru dapat pass baton pada papa..masa tu, penatnya tuhan saja yang tahu :(

Ini alkisah teman sepejabat, dapat tau mengandung yang kedua. Tahniah mama ucapkan. Syok dengar orang mengandung ni. Tapi untuk diri sendiri idak la yer. Cukup lah dulu buat sementara waktu ni. Lagi pun mama baru 25. Kalau panjang umur, ada lagi masa.

Tapi kan, mama tengok orang bangsa ca ya nun alif ni, xde masalah pun kalau preggy rapat2. Dengan senang hati je dia boleh layan muntah pening mabuk tu sendiri. Mana taknya, anak sulung hantar ke kampung, MIL yang jaga. So, xde masalah pun kan. Menurut teman mama ni, bila yang sulung tu masuk 2 tahun, baru dia amik jaga. Pastu serahkan pulak baby ke2 ni pada MIL untuk dijaga...

Oh, senangnya hidup...

Kalau mama lah kan, tak sanggup berpisah dengan anak masa kecik2 ni. Sebab bayi yang baru dilahirkan ni berhak untuk mendapatkan kasih sayang ibunya, bukan nenek ye. Lagipun, mama tak sampai hati nak sumbat susu tepung kat baby kecik2 lagi. Sebab tu la bila umi mintak nak jaga kakak dulu, papa bertegas tak mahu bagi. Sebab papa kata, susah senang biar kita bersama. Ada sokongan moral di situ.

Tambah lagi pengalaman Datin kat opis ni, sampai sekarang menyesal pun tak berguna katanya. Alkisahnya, Datin ni lahirkan baby premature, pastu maknya mintak nak jaga. Kononnya tak seswai kecik2 bagi orang jaga. Ok fine. Datin pun ikutlah cakap maknya. Lepas baby tu dah besar sket, Datin ni nak balik ambil, maknya plak cakap, tunggu lah dah pandai jalan nanti. Ok, fine. Datin ni pon tunggu lah.

Bila dah pandai jalan,

"ala...tunggu lah budak ni dah boleh bercakap...senang nanti tau dia nak apa2..."

Oh, di situ Datin mula terasa jauh. Bila si anak dah boleh bercakap,

"ala..ko tunggu lah dia nak masuk sekolah nanti baru ambil..." Sedih!

Perkara ni berlarutan..sampai lah anak ni dah masuk sekolah menengah. Akhirnya si nenek lepaskan. Tapi, nak tahu apa jadi? Setahun je si anak tu nak duduk dengan ibunya. Lepas tu, si anak sendiri lari nak duk kampung semula.

Sebab kat kampung, anak ni dibelai bak intan payung oleh si nenek ni. Kira terlalu dimanjakan. So, mana nak betah bila tinggal dengan ibu sendiri kan. Sampai sekarang, Datin tu selalu meluahkan kekesalannya pad mama. Dah la anak 2 orang je, sorang pulak duduk kat kampung...sunyi kata dia.

Moral of the story? You ols fikir2 kan lah ye. Bagi mama, biarlah susah senang, kita suami isteri yang jaga anak-anak sendiri.

11 comments:

Shaa said...

wani ni....

ingat betul2 preggy...
tp betul gak.aku sendiri xbleh pisah
walhal tinggal sekejap pun...kecuali emergency lah...
kalau gi soping mesti bw Haziq..
takde nyer nak tinggal...
mesti org kata, alah anak 1..
tapi insya'allah kalau anak 6 ke lebih ke..aku tetap bawa gak...
buat apa nak susahkan mak...sbb kita ni kan seorang Ibu..

cet pjg lebar sudah....hohoho

wida said...

suspen jer tajuk..ingat betul2 preggy..hehe

Mama Zara said...

Shaa, saja xcited tau org mengandung ni :)

Wida, mama tak tulis kat tajuk tu, mama yang mengandung kan..hihiii..oh, suspen kan...

||aLeaSaRa|| said...

betul...betul...biarlah pnt mana pun jg anak biarlah dpn mata kite tgk diorang mbesar.Rugi tk tgk pkembangan ank.Kite dulu dr kcl atok jg cucu ksayangan lah pulak kan..dh djh 4 mula terasa nk mcm sepupu lain duk ngan parents.Mmg mulanya atok ckp mrh,sgh dan mrajuk sampai x nk dtg umah.Lastly kite pujuk dan trgkan knpa dan apa2 jd pun kite tak lupakan dia...br atok cool.

~mrs.yie~ said...

salam perkenalan,
Just nak share pasal kisah Datin tuh.My roomate time blajar kat U dulu lebey kurang mcm ni la kisahnya.Sampai skang ni dok dengan tok dia (tok perempuan) dan tak rapat dengan family.Mmg i agree with u, jgn bagi orang lain jaga especially opah atok sebab manja nya lain.Budak2 akan jadi mengada2 (from my view), susah senang, biar kita yang tanggung.

~ yus ~ said...

Setuju sangat. Susah senang biar anak2 kita yang jaga sendiri. Kalau dengan nenek atau atoknya memang terlebih manja, sudahnya mereka tak nak dengan kita.

Walaupun anak dah 4, dan agak rapat2 juga, kemana2 pasti akak bawa. Kesian nak tinggalkan mereka dengan sesiapa + diri sendiri rasa lain , kita seronok2 anak orang jaga..huhu.

p/s:Bestnya baru 25 dah anak dua, akak masa 25 baru naik jinjang pelamin....:D

Mama Zara said...

mrs yie, susah senang kita bersama. baik macam tu kan.

aleasara, nasib baik duk jugak dgn parents at last kan :)

kak yus...25 dah anak dua...kes menggatal nak kawen..haha...22 abes blaha, umo 23 kawen. 24 anak sorang.

Mama Kembar 3 said...

setuju, setuju! slagi boleh biarlah jaga sendiri, susah pun takpa. Macam mama ni, masa si kembar 3 baru lahir dulu ada gak suara suara yang slalu kata 'ohh nnt boleh laa bagi mak jaga sorang, mak mertua jaga sorang'...pernah mama menangis jawab balik 'dah laa susah nak dpt anak, bila dah dpt nak suh bagi bagi kat org plak'.... tak sanggup! lagipun tak kan nak pisah pisahkan anak anak kan?

Mama Zara said...

Mama Kembar, sangat tak sanggup dan tak rela berjauhan dengan anak-anak :(

Shaa said...

Wani - kalau abes blaja umur 22, kawin umo 23 - dah kira menggatal nak kawen...

yg lepas spm kahwin..19 dpt anak..
ni kira apa ek...ekekeke
ooh tak tau status apakah ku ini...

Mama Zara said...

hahaha..shaa...lupa ko kawen lg awal..hihii...eh, tu lom kira nisa lg..ahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...