Seawal jam 6 pagi tadi, mama terdengar kekecohan di rumah sebelah. Ramai jiran2 berkumpul. Tekaan mama selama ni benar rupanya. Terkilan kerana dah lama x bersua muka. Dek kerana kesibukan kerja (mama sorang je kaum ibu yang bekerja di kawasan tu), mama terleka untuk bertanya khabar jiran yang selama ni banyak membantu mama.
Sedih jugak lah. Sebab?
Lepas ni dah tak ada lagi jiran yang nak hulurkan makanan atau buah-buahan kalau mama mabuk2 atau mengidam lagi untuk anak ketiga.
Lepas ni dah tak kedengaran lagi suara riuh rendah anak-anak kecil datang mengaji.
Lepas ni dh tak ada lagi orang nak sedekahkan roti/keropok kat Auni kalau Bai jual roti tu masuk sini.
Lepas ni dah tak ada lagi orang yang excited nak jenguk baby mama (kalau mama preggy lagi).
Terkilan sebab mama lewat dapat berita ni. Patut lah dua minggu lepas, mama perasan Teksi suaminya tak de lagi. Rupanya dah dijual. Mama tak tanya pun sebab ingatkan masuk workshop. Dari hari ke hari, ada je orang2 luar datang mengangkut perabotnya sedikit demi sedikit yang turut dijual.
(gambar ehsan google)
You ols bayangkan ye, Achik Siti ni tak kerja, duk rumah ajar budak2 mengaji. Pastu asal ada parents datang bayar duit je, mesti dia bagi buah tangan. Mama pernah hitung2kan. Nilai buah tangan tu hampir separuh dari nilai sedekah parents. Bukan tu je, kalau budak2 datang mengaji, mesti ada je keropok/roti dia bagi. Auni yang belum pandai mengaji lagi pun dia datang bagi.
Dua tahun je katanya kumpul duit, dah dapat pergi Haji (tahun lepas). Tu pun dia pergi dari Indonesia yang mana kosnya adalah lebih mahal dari Malaysia (dia yang bagitahu-Wallahualam). kagum mama dengan kegigihan diorang laki bini. Datang ke Malaysia dengan niat yang ikhlas untuk mencari rezeki.
Sekarang ni, bila semua impian dipenuhi, maka diorang pon buat keputusan untuk pulang kembali ke tanah tumpah darah. Sedihnya mama...sebab mama rancang nak hantar Auni dengan Aniq pada Achik Siti ni bila Aniq dah boleh jalan nanti. Achik Siti memang nak sangat jaga Auni, tapi sebab dia ajar budak2 mengaji, so dia nak Auni je. Aniq kecik lagi. Terpaksa lah mama hantar ke taska dulu.
Masa Auni duk kejap dengan dia dulu pun, pandai jugak la Auni nyebut a ba ta. Sebab dia ni bukan ajar mengaji sekali sehari je tau. Pagi petang siang malam yang mama kira ada lah 4 sesi sehari. Punya lah ramai anak murid dia.
(gambar ehsan google)
Nota kaki: Terharu dengan kebaikan dan keihklasan Achik Siti sebab selalu bagi 'angpau' kat budak2 ni.
10 comments:
Mama Zara: mmg terasa klu kehilangan jiran yg baik hati cam gitu....:)
ooo..jiran tu dari seberang erk?
oh..dia da nak balik indon yer
azzey: sgt terasa kehilangan, mesti sayu balik keje jap lg tgok rumah tu kosong :(
khairul: yup, org seberang yg sgt gigih mencari rezeki di perantauan.
tak sangka diorang orang seberang. sebab kita orang malaysia selalu fikir macam-macam tentang diorang yang sebenarnya bukan semua tak baik.segelintir jer.tapi kerana setitik nila....habis susu sebelanga.
ye khairul, x pernah lg jumpa org seberang yg baik macam ni :(
baik nya mama dengan jiran.. best sgt2... x macam kawasan perumahan sy... tak mesra sgt.. ehhehehehe..
salam mama zara, begitulah kebiasaannya dan kita akan cukup terasa apabila mula merasai saat kehilangan
sedih kalau orang yang baik dengan kita tiba-tiba dah takde lagi..lebih terkilan kalau tak sempat jumpaly
patah tumbuh hilang berganti.
yg datang dihargai,
yg pergi dikenangi.
Post a Comment