22 February 2011

Tiba-tiba rasa nak nangis!

  1. Tadi mama blogwalking, tapi tak mau letak link tu kat sini. Sebab mama tak nak u ols pon menangis tengok gambar tu. Bukan di Malaysia, but the kid still a human. Dirantai...dipaksa mengemis...tidur berlantaikan simen... Masya Allah! Tak dapat mama bayangkan anak-anak kecil kita diperlakukan seperti itu... *menangis*
  2. Ahad lepas, kalau siapa-siapa tengok kat tv 9- ada isu yang dipaparkan dalam Nasi Lemak Kopi O: Pembantu Rumah dari Neraka. Dengar cerita Linda Helmi pon mama dah bergenang air mata, apa tah lagi tengok video yang mereka paparkan (mama tak pernah tengok video ni dari A-Z sebab tak sanggup!) *menangis lagi dalam hati-kena cover sket depan papa*
  3. Suddenly teringat bekas pengasuh Auni yang pernah mengeluarkan kata-kata kesat, sedangkan dia tak tahu masa tu mama khusyuk mendengar dari tingkap dapur. Dengan keadaan dalam pantang, berstokin tebal lagi, mama gigih keluar rumah tinggalkan Aniq untuk ambil kakak. Tak sanggup mama biarkan kakak dicaci. Walaupun cacian dituju untuk anaknya juga, tapi bagi mama tak perlu mendoakan kematian anak-anak kecil itu!

5 comments:

wida said...

hati ibu mmg cepat tersentuh..
sy kalau mrh ke anak sendiri pon, lepas tu mesti menangis menyesal..sbb marah dia:(

Mama Zara said...

pelik kan wida bila ada manusia yang berhati lagi dasyat dari binatang ni

habsahharun said...

sis, tadi mase blogwalking jumpa entri pasal mak tinggalkan anak berlapar sampai budak tu makan najis sendiri.. tak paham betul la perangai mak macam tu..kesian kat budak2 :'(

Norhafiza said...

betul wani...cepat benar kita tersentuh kalo bab anak2...tak tahu la apa perasaan mereka sampai tergamak buat cam tu..huhu

Ujang9897 said...

anak sendiri kena syg lebih..

hurm.., tak sabar nak ada anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...