21 May 2011

Misteri Auni Zara terungkai sudah...

Jam 12 tengahari semalam, papa jemput mama untuk sama-sama hantar kakak ke hospital. Tiba di Serdang, kami bertanya kat kaunter Kecemasan, sambil menunjuk surat rujukan dari Batu 14. Then, Jururawat Terlatih (refer pada jaket nurse) panggil mama masuk, sambil tolak stroller kakak. Mama ceritakan apa yang berlaku. Nurse buntu tak tau nak buat apa bila tanya kakak sakit kat mana. Hurm...what did you expect a 2 years old girl to speak out?

Tapi nurse tu sangat lah baik, lemah lembut dengan kanak-kanak. She asking advise from a doctor, in another room. Butttttttt... this is the doctor's respon --> Click HERE

So, solution nya, nurse tanya kami nak buat x-ray tak since kesan x-ray adalah seperti radioaktif yang mungkin akan mendatangkan kemandulan kepada kaum wanita sekiranya dilakukan berulangkali. Seharusnya dielakkan sekiranya tak penting sangat.

Of course kami tak nak! She just giving Auni syrup (tak tahu untuk apa) and we asked to go back to monitor Auni in 2-3 days.

At home.

Tak tahu lah kesan kena sampuk dah habis or what, suddenly she wake up and bangun joget2 lagu Ribena! (Her papa text me coz this time mama masuk ofis semula).

"Pulih 100%!" <-- SMS dari papa.

Mama tak puas hati. Apa punca dia sakit nak jalan? Balik kerja, mama sambung belek and yes, I found!

Kesan calar yang dah lebam sepanjang 4-5 cm. Macamana semalam boleh tak ada kesan tu??? Musykil...tapi bila fikir2 balik, kita yang dewasa ni kalau jatuh pon, 2-3 hari baru lebam kan? So, tak pasti lah kesan dia jatuh kat mana..ye tak? Tak boleh nak salahkan taska jugak. Auni memang lasak. Maybe dia jatuh kat rumah ke...hurmmm... (Thinking positive)

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Pagi tadi masa mama hantar Auni pergi taska....menangis...melalak...meraung. Buka pintu kiri, dia lari ke pintu kanan... buka pintu kanan, dia lari ke pintu kiri. Sudahnya mama nekad, dukung je dia dan hantar jugak.

"Mama...kakak nanak iyahhhh(sekolah)" sambil tangan comel itu melambai2 memohon simpati mama dia....huk huk hukkkkkkkkkkkkk

*mama hati kering kat luar je, kat dalam emo jugak tapi tak tunjuk depan anak*

What should I do??? Mama bukan nak salahkan taska...tapi, kenapa wajah dia sangat2 macam orang ketakutan? Dipukul kawan ke? Yang mama tau, selama ni kakak yang memukul orang...gigit orang...because she protect herself! So, how come she's fobia???

Again...what should I do frens???

13 comments:

No Lan said...

wani kakNo rasa better tuka taska la wani..betul anak kita agak lasak or nakal dan ada budak tak suka or pengasuh 'nak mengajar' auni sbb geram tapi tak kene CARA..biasa la wani anak2 umo camni..anak2 kakNo pun mcm tu selalu berebut, mengigit org/adik beradik time umo camtu..ni ha yg skang umo 5&4 thn pun masih bergaduh adik bradik...jadi better tuka taska..auni dh TRAUMA tu wani..

Cyda Acme said...

kalo mamazara rasa konpiden auni tak jatuh kat umah, tanya balik kat taska tuh smbl tunjukkan kesan lebam. n jangan lupe bgtau skali kemusykilan wani tentang auni yg tetiba taknak pegi taska. anak mama si abang pernah jadik camnih. mama terus ckp kat makcik taska tuh, siasat punya siasat rerupanya pembantu dia garang n suke cubit+marah2 bdk2. last2 dah kena benti sbb dah ramai bdk takut+nangis2 nak masuk taska tuh. cam mama ckp sblm nih ... tegas sket ngan dorg nih. kita byr dorang duit tuk jaga anak kita. so dorg kenalah jaga bebetul. jgn buat sesuka hati.

wida said...

cam tu citenya..
yelah kdg2 kita susah nak paham ckp budak kecik ni.tp kalau amik remeh pon x boleh jugak.mamazara try lah siasat pasal taska tu dulu..jgn terus buat keputusan melulu.try tnya parent yg hntr anak2 diaorg kat situ..ada x prob mcm auni.pernah ada kesan lebam ker, calar ker. try tanya kwsan sekeliling taska tu..pernah tak dengar suara guru2 kat taska tu menjerit, marah2 etc.

byk kan bersabar yer.sbb tu smpai skrg sy x yakin nak hntr waiz ke nursery..tp kecelakaan tu boleh berlaku di mana-mana.

auni..be a good girl ok.cian mama awak:)

kasihibu said...

dik akk ingat dulu si ika meraung raung tak muo ke taska, sehari selepas pp dia di gigit ,maknaya ada sebab kenapa auni tak mou g taska tu, dia takut perkara yg sama berulang semula, wajar tanya betul betul pada pekerja taska tu .

qemaishak said...

Alhamdulillah auni dah pulih..qema yang baca ni pun rasa gerun kalau bab2 anak sakit nih..
Wani better check betul2 ngan taska tu apa yang berlaku, kalau salah anak kita pun kita leh trima sebab kita faham la kan budak2 tapi kena bagitau la takut efek jangka lama je huhu

Suka time hantar ammar, brenti je keta dpn umah babysitter dah siap hulur tgn nak salam, suka la sebab ramai2 main game kat tv hehe nak amik siap tak pandang kita kalau duk tgk game hehe:)

Mama Zara said...

kak No, setakat ni tak rasa nak tuka taska lagi..huhuu...sbb sebelum ni ok je kan. penjaga2 semua pon baik je, kalau ada apa2 mmg cepat dorang report kat kita.

mungkin kalau berlanjutan lagi, hantar kat uwan dia dulu lah kot.

Mama Zara said...

mama cyda, ntah la..wani buntu sekarang ni. tapi tadi call katanya auni nangis kejap je..hurm...

Mama Zara said...

wida: hanya mampu mendoakan anak2 sentiasa selamat

Mama Zara said...

kak eja: berulangkali dah tanya, dan wani tak rasa penjaga tu berbohong...tapi ntah la

Mama Zara said...

qema, b4 dis auni macam ammar la... memang tak toleh ke belakang dah kalau hantar dia, punya lah seronok nak ke taska...

Jue said...

kak na rasa mesti jadi apa kat taska...lagi pun kesan yang ada mcm jatuh atau di pukul dengan sesuatu...mungkin kita tak boleh salahkan taska sebab kita tak tahu benda tu jadi kat mana....tapi kalau kita pikir secara logiklah budak 2 tahun memang tak pandai menipu pastu terus dia jadi fobia nak ke taska lepas kejadian tue....cuba kak an tanya cikgu taska tu betul2 dan tunjuk kesan luka tu kat cikgu taska dia....tapi dgn cara baiklah jangan marah2..sebab berbincang boleh menyesaikan masalah dari kita marah2.....

Sofya said...

Aik?! pelik la.. air apa yg doktor bagi tu.. kejap ja leh ok..

erm rasanya ada something jadi kat taska ni.. budak tak tak pandai bohong tapi umur ni pun tak pnadai lagi nak citer..

try wat spotcheck la apa sebenarnya jadi kat taska tu..

Unknown said...

saya pun setuju dengan komen2 yang lain..
baik tanya taska tu..
selama ni dia nak pi taska kan??
tak kan tetiba je dia tak nak pi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...