29 June 2011

Penting ke ASTRO?

Bila mana orang sibuk sana sini pasal maharaja lawak, kami hanya berdiam diri. Ye lah, rumah tak ada ASTRO, duduk je lah diam-diam kan. Tapi mama dengan papa tetap dengan pendirian. Tak perlu menghabiskan duit untuk hiburan. Kerana hiburan ada di mana-mana.

Cukup lah dengan 7 channel tv yang ada tu. Bukan tengok sangat pun kan. Tak perlu berebut dengan anak sebab tak ada astro CERIA yang memanjang ada rancangan diorang kan. Ni mama selalu dengar kengkawan merungut. tak leh nak tengok berita lah...nak tengok drama pon tak dapat...sumer sebab berebut dengan anak...

Secara tak langsung, bila tak ada ASTRO ni, mama dapatlah disiplin kan kakak, kartun hanya waktu-waktu tertentu sahaja. 

Tapi bila sana sini orang duk bercerita mengenai maharaja lawak, mula lah nak terpesong pegangan kannnn.... then godek sana sini, alahai...apa susah...tengok je lah online...hihihi.... Biar lambat asal dapat :)

p/s: Korang yang langgan ASTRO tu...join ke boikot tak bayar bil selama 3 bulan?

14 comments:

Ima Salsuzaima said...

tak penting mana pon kak. bukan setakat x bayar 3 bulan. dah setahun dah x bayar..muahahahaha

Cik Ila said...

Saya pun macam akak,tak gune astro.Kalau akak perasan la kan,zmn dulu,channel TV sebelum ada ASTRO,sume jelas...tapi bila ASTRO mula menapak,channel terus jadi tak terang dan memaksa org2 kat kampung utk pasang ASTRO semata2 utk dptkan channel TV1,2,3...
Adakah ni taktik diorang supaya ASTRO maju?huhu

Yana a.k.a Noni said...

sy pun dah stop ASTRO...kan aper naik rimas tgk anak2 dok mengadap tv jer...kdg2 sampai 2 pg x tido lg...mak pak plak yg dh krohhh...krohhh...biler tersedar tgk2 2 beradik tu masih on tv lg..so at last no more ASTRO....hehehe:-)
sekarang sumenyer blh tgk online kt internet jer..so xder mslh lar kan:-)

diana said...

akak masih langgan astro..
kena pandai la kawal..
lagipun kalau anak berkeras nak tengok kita boleh block cenel tu supaya tak boleh buka..
macam anak akak pun memang kartun la dia nak tengok tapi pastikan kartun yang ada faedah la..kalau yg kat astro ceria tu jgn bagi tengok la..tak de faedah.
lagi satu ada astro boleh tengok sukan..kat tv lain tak de sukan..hehhehehe..
tak tau la nak boikot ke idak..

Mama Zara said...

ima...rasanya zaman IT ni orang lg ramai duk ngadap PC kot...hihi

Mama Zara said...

Cik Ila, bila kat satu2 kawasan tu ramai sgt yg pakai ASTRO, secara tak langsung kita yang tak de ni siarannya jadi terganggu :(

Mama Zara said...

Yana..yeszaaa....betul kan :)

Mama Zara said...

kak diana, peminat sukan ok la kan. macam kitorang tak layan sukan sangat...hihi

mana yg ada siar kt tv, yg tu je la kitorang hadap

sarah-najwan said...

akak mula langgan astro thun 2005 sb masa tu kat mersing..line tv xclear..jd kene gak amik astro..

dulu akak dok KL..xlanggan astro..ok je..hehe

skrg dah langgan astro..terus ajo lah..akak xtau psl boikot 3 bulan xbyr tu..huhu

Mama Zara said...

Kalau line tak clear, nak tak nak..kena lah langgan jugak kan kak...

kalau nak turut sama boikot kang terus mati kutu lak tak leh tgok tv...hihiii

Bieha said...

Samalah cam akak Wani, memang x langgan astro... Dgn channel yg ada ni pun puas bergaduh ngan 3Fs ngan ayahnya nak tgk channel mana, tapi nathla sejak jadik mak org ni jarang sgtla layan tv, cuma kekadang tu layan jelah cam Samarinda ker, Cerekarama ker, tu jelah.. Rancangan Maharaja Lawak ke AF ker, x pernah lak menggugat keimanan nak langgan, cuma kekadang bila tgk channel Astro Oasis ker, Nat Geo ke Discovery ke atau CSI (AXN) tu teringin la jugak, tapi dah th jugak kalau dah langgan tu xde maknanya nak dpt tgk channel2 tu... Kalau asyik nak block jer pun rugi jugak sebab dah langgan... Anyway, sib baik la lakiku pandai pasang antenna sendiri panjat bumbung carik frequancy... tapi kalau area berbukit payah jugak...

Ida_Iara said...

saya ni masih pakai Astro lg..klu takde Astro kena pakai antena atas bumbung baru dpt siaran, klu pakai antena dlm umah hampeh..lgsg takdpt siaran..kena pulak mr. hubby ku jenis suka sports.balik keje je siaran sports aje la pilihannya. tp at least ok la dari dia duk pilih nak duduk kedai mamak aje manjang gara2 nk tengok sports.makanya boikot byr bil 3 bln tu takdela kut dibuatnye.

Mama Zara said...

kak bie....akak dok rumah, nak langgan pon buleh..hihi...ada gak masa2 nk jeling2 tv kan.

Mama Zara said...

Ida...awak tergolong dlm golongan yg langgan astro nk kan siaran tv..hihi...

tp kalau tu yg buatkan hubby lekat kt rumah, apa salahnya kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...