30 June 2011

Tak boleh pakai baju BERSIH

Sana sini orang duk bercakap pasal BERSIH. BERSIH, BERSIH, BERSIH. Entah apa yang bersih pun mama tak tahu. Yang bestnya tadi tengok status kawan2 kat FB, katanya:

"Lepas ni dah tak boleh pakai baju BERSIH. Takut kena tangkap..." kih kih kih. Pastu menyampuk la kawan yang lain,

"Dah tu tak boleh basuh baju la ye tak. Nanti kang jadi BERSIH...kena tangkap pulak..." ahaha.... 

Dialog di atas adalah double meaning...baca dan fahami sendiri.

Berbalik isu perhimpunan BERSIH, mama memang tak terlibat. menyokong tidak. membantah pon tidak. Sebab walau dah berumur 20++ dan sepatutnya ini kali ke 2 mama mengundi, tapi mama masih belum berdaftar.

Kata papa, tak guna turun mengundi. Cukup sekali papa rasa macamana pergi mengundi. Beratur dari pagi kira2 hampir 500 meter. Berpanas tapi tak berhujan. Penyudahnya, apa yang dapat? Jaminan pekerjaan yang lebih terjamin? Tak ada pun. Kehidupan yang selesa? Kalau ada pun, itu pun usaha sendiri. Harga minyak turun? Tak ada maknanya.

Naik gaji? Mungkin pekerja2 gomen ada, kami yang swasta ni...hurmmm....tengok je lah terkebil-kebil. Hari bekerja? Tetap jugak 5 hari setengah. Tak ada apa yang kerajaan buat untuk kami yang swasta ni mendapat 5 hari sahaja hari bekerja seperti mereka.

Beli rumah 100% loan? Nan hadooooooooooo.... provok je lebih. Bila masa nak gi buat loan, itu tak boleh...ini tak boleh. Last2 90% jugak.

Maka kesimpulannya, hidup lah kami dalam dunia sendiri.

Maka, apa faedah mengundi kepada kami?

4 comments:

Unknown said...

hmm, bagi kak yus, secara zahirnya mungkin kita tak nampak apa yg kerajaan buat untuk kita. Nan ado kata Wani, tapi cuba fikir betul2, tak kan takde langsung, dari kita hidup sampai sekarang...

Kestabilan ekonomi, kita masih aman tenteram, pinjaman pelajaran... Mungkin kita tak rasa, anak2 kita merasa nanti siapa tahu.

Akak pun banyak tak puashati dengan kempimpinan sekarang, tp yalah kan, kalau semua orang berfikir perkara serupa, kerajaan tak buat apa2 untuk kita, so tak perlu mengundi, satu hari negara di perintah oleh bangsa lain, takut juga kan..

Masa tu, masih sama, kita dok kata kerajaan tak buat apa2 juga, tp kotlah lebih teruk, macam mana??

Sekurang-kurangya ada usaha kita dengan mengundi....

Sekadar pandangan akak yang tak berapa faham gak pasal politik ni...:)

Mama Zara said...

yeahh....menunggu komen camni...hihii

hurm...yg dari kecil tu tak dinafikanlah mmg ada

tp bila dh dewasa ni, sendiri carik duit...rasa cam tak de benefit apa pon utk diri sendiri. so, malas nak ambil port. lg pun dah taktau mana 1 betul mana 1 salah... sumer nya duk main politik kotor...ikut kepentingan peribadi.

Mama Zara said...

Kak diana...tunggu la hati terbukak nak mengundi

tunggu ada parti yang benar2 BERSIH :)

Nora Shahaira said...

belum lagi daftar mengundi..bila hubby tanya bila nak daftar..selambe sy jawab.."saya kan nak jadi isteri solehah..ikut je apa abang pilih.."..hahahahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...