30 June 2011

Mama dan Madu

Kalau ditanyakan kepada kaum wanita, siapa yang nak bermadu.... pasti tiada yang mengangkat tangan. Kecuali kalau tanya pada kakak Auni...

"Siapa nak....., angkat tangan!"

"Sayaaaaaaaaaaaaaaaaaa..." Walaupun dia tak faham apa yang orang tanyakan...kih kih kih. Kakak ni makin besar, makin cerdik, makin melucukan dan makin membahagiakan!

Berbalik kepada isu madu, kalau ditanyakan kepada mama...sanggup ke? (dulu dah pernah offer sapa nak jadik madu mama....hahaha) Jawapannya mama sanggup... kalau suami tu akhlaknya sebaik Rasulullah...pakej sekali dengan kemampuannya untuk menanggung 2, 3 atau 4 keluarga!... masalahnya, ada ke insan sebegitu pada zaman sekarang ni???

Kalau kaya sekali pun, tapi bab2 agama... lulus tak?

Kalau bab2 agama lulus pulak, poket lebat tak?

Sekarang ni kecoh pasal artis Salih Yaacob melengkapkan kuota 4 nya. Bagi mama, kalau dia rasa tak mampu.... tak kan Salih Yaacob boleh pasang sampai 4, kan? Dan kalau beliau tak adil dalam menerajui rumahtangga nya yang dah ada 3 sebelum ni... takkan berkekalan sampai sekarang?

So, lelaki2 di luar sana... ukur lah baju di badan sendiri. Kalau anda mampu dan memenuhi syarat, berbincang lah dengan isteri kalau nakkkk jugakkkkkkkkk bukak cawangan. Mama percaya, isteri yang solehah, kalau dapat suami yang soleh dan berkemampuan...pasti tak melarang anda mengikuti jejak Salih Yaacob.... :)


2 comments:

Nora Shahaira said...

selalu ingatkan kat hubby gitu la..jgn fikir mampu poket je..mampu jadi pemimpin dan juga mampu batinnya juga perlu..sebab kepuasan semua isteri itu pun penting..berdosa kalau diabaikan

Aku Ibu Muda said...

yeszaaaaa...betul tu nora :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...