27 July 2011

Ujian dari Allah

Minggu lepas sampai lah minggu ni, hebat sangat ujian yang mama rasakan. Bermula dari adik yang selsema, jangkit pula dengan mama sampai demam, kemudian kembali kepada adik...demam hingga muntah2.. Kakak pun sama, muntah hingga berbelas2 kali dalam sehari.

Ingatkan berakhir di situ je. Tapi semalam kakak sambung lagi muntah2, 2 kali. Lepastu adik terhantuk kepala pada almari, mujur yang bengkak tu bukan bahagian kulit kepalanya yang lembut. Kalau tak, mesti dah memancut darah keluar (mama agak). Kesian adik. Kesian kakak.

Bila anak-anak diuji begini, mama pun turut diuji sebenarnya. Diuji dengan kesabaran. Bayangkan bagaimana mama dan papa menguruskan kakak yang muntah tanpa henti dari jam 12 malam hingga 5 pagi. Bertukar entah berapa pasang baju, berapa helai cadar dan kain batik untuk alas tilam.

Semoga semuanya berakhir segera.

2 comments:

cucu umie said...

semoga sis tabah yer mengahdapi dugaan ini.. and semoga anak sis cept baik yer

Sekamar Rindu said...

salam..puan,



Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. banyakkan sabar..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...