19 August 2011

Berlatih untuk Raya

Rentetan dari kisah mama yang mengugut adik untuk tidak membelikan seluar jeans sekiranya hari Raya akan datang adik masih belum berjalan (klik SINI), mama rasa adik sedikit bersemangat selepas dimotivasikan dengan sepasang sandal Nike tiruan.

Bermula dari Nuzul Quran yang lalu, papa yang menyaksikan adik melangkah lebih jauh (mama kerja...huhuuuu). Kata papa, dari kerusi ke almari adik menapak...ada lah dalam 10 langkah...dan masa yang diambil sangatlah lamaaaaaaaaa..... Alhamdulillah

Semalam mama saja nak test adik menapak dengan Sandal ni....Ekceli, boleh tahan berat jugak sandal ni untuk adik. Tu yang terpaksa berpaut lagi kat kerusi gamaknya.


Usah ditanya kenapa bahagian bawah adik kelihatan togel.....tu kerja papa dia!
 Berat...tercabut jua akhitnya
Adik kutip dan angkat sandal nya.
Gulp! Adik ngapppp??? Tak puas hati gamaknya!

5 comments:

Cyda Acme said...

ahahha comel jek ... kitorg kat opis nih pon pakat beli sandal nike tiruan nih reramai tuk anak kami. murah jekkan tp cantik ^_^

-Sara- said...

olo2..comel! :)

kasihibu said...

lepas ni jenuhlah mama nak kejar adik
hehehehe.......

wida said...

hehe..teringat kat waiz, suka sgt gigit sandal..
smpai sandal org pon dia gigit!

cepat jalan yer aniq

Unknown said...

aik?kenapa macam ada ekor? hehe...selamat ari raya kak :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...