01 August 2011

Makhluk halus keluar di waktu sahur

Dinihari pagi tadi, setelah menyusukan Aniq dan mama dengan high confident yang Aniq memang dah nyenyak, baru lah bangun dah bersiap juadah sahur di dapur. 5 minit je masak ayam kunyit (resepi di SINI), panaskan nasi dulu sebelum tu...then bawa lah juadah sahur ni ke ruang tamu.

Hajat nak makan sambil ngadap tv lah kan. Tak delah suram sangat suasana sahur tu. Papa masuk dapur, nak buat air panas. Mama dah mengadap makanan. Tiba-tiba mama nampak pintu bilik bergerak. Ditarik dari dalam dan terlihat kelibat....















makhluk halus itu! Entah macam mana dia boleh turun dari katil...sah-sah main terjun je ni...huhuu...nasib baik lah tepi katil tu ada tilam kakak, kalau tak, mesti benjol dahi tu...

Dan makhluk halus a.k.a Aniq pon merangkak keluar dengan senyuman...huh! Budak kecik ni kalau tak de bau mama kat sebelah memang tak leh tido! Mudah je terjaga... Pandai pulak tu nak keluar bilik?

6 comments:

cucu umie said...

ingt siapalah tadi..rupenya aniq..wah pagi2 dh bgun untuk teman sahur yer..hehe

-Sara- said...

makhluk halus? haha..comel je! ;)

wida said...

aniq nak bangun sahur jugak lah..hehe

Finaz Jaafar said...

makhluk halus yang comel=)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

aniq nak puasa jugaklah mama...

Ayu@Sweetlilcraft said...

hehe..comelnya makhluk halus ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...