15 September 2011

Pemilik TASKA (ISLAM) Sila Educate Staff Anda Berkaitan Penyusuan Susu Ibu

Sebelum mama meneruskan coretan mengguris hati untuk hari ini, mama nak jawab dulu mengenai gambar yang terpapar di entry semalam (Klik SINI). Adakalanya, bila kakak menangis2 nak susu, memang tahap tak boleh ditunggu2 lagi....kebetulan pada masa yang sama adik juga inginkan perhatian mama....pun nak susu jugak. Tu lah terjadi kisah papa buat susu sambil memandu! Bila mana kawasan tersebut tak mengizinkan untuk papa memberhentikan kereta.

Berbalik kepada cerita taska ISLAM dan penyusuan susu ibu.

Mungkin ada yang sedia maklum, mama merupakan seorang ibu yang menyusukan anak dan membekalkan EBM kepada anak ketika di taska. Sejak dari kakak lagi mama buat macam ni. Tetapi usaha mama tu terhenti setakat 9 bulan saja dek mengandungkan si adik pula, kakak terus tolak susu badan.

Tapi adik, sehingga ke usia 13 bulan pon masih lagi menyusu badan. Alhamdulillah, B mama pun masih bengkak2 macam masa dalam pantang lagi bila di tempat kerja. So, dah jadi tanggungjawab mama untuk pam dan simpan buat bekal adik di Taska keesokan harinya. Lately ni, mama bukanlah tegar sangat dalam penyusuan ni. Adakalanya time tak cukup stok (read: kurang pam untuk buat stok), adik diberikan juga susu tepung. Tapi BUKAN SELALU. Adalah sekali dalam seminggu.

Cuma mama sedih, bila pekerja2 TASKA ISLAM tu seperti memberi hint kepada mama untuk tidak lagi bekalkan EBM. Apa hak mereka? U ols nak tolong belikan susu tepung untuk adik ke?

Ni lah dia bila orang buka taska, dia pon nak buka juga. Tapi ilmu2 sebegini yang SANGAT berkait rapat dengan bayi, diabaikan! 

Buat pemilik TASKA yang mengaku ISLAM di luar sana....sila lah berikan kursus yang secukupnya buat pekerja-pekerja anda.
Tak guna mengaku ISLAM kalau hak ibu kepada si anak pon korang nak nafikan!


6 comments:

Ya ALiya said...

dorang malas la tu...susu ibu ni kan leceh sikit nak bg.....sabar je la yer.......

Nora Shahaira said...

memang..tak semua pekerja taska 'berilmu'..mama terus lah berhubung dgn bos dia..

Mama Zara said...

Memanaskan EBM lg mudah dari membancuh susu kalau tahu caranya :)

Mama Zara said...

akak nora, dah di email ke pemilik taska...tapi tak tahu lah bila nak berjawab. tengok website pon buat seperti sekadar ada je :(

qemaishak said...

xdiajar cara nak handle EBM la tu..sekarang ni kebanyakan taska ada alat untuk kemudahan handle EBM ni..harap diorang prihatin dah nama pun TASKA ISLAM.

Mama Zara said...

hurm...tu la qema..susah nk cari yg dah di educate untuk uruskan EBM :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...