21 October 2011

Menu ringkas untuk anak-anak kecil

Nama menu ni ialah ikan singgang ye kengkawan. Menu paling ringkas, cepat dan mudahhh sangat nak sediakan di kala anak-anak dah melalak-lalak menangis kelaparan nak makan malam. Dulu-dulu masa kakak kecik2, sampai naik muak kitorang makan singgang ikan tongkol. Tapi kali ni mama buat ikan tenggiri. Saja beralih selera. Mahal betul ye. 2 keping dah RM 9. Mujur besar-besar, dapat 2 kali makan untuk 4 orang... hehe....jimatt

Bahan-bahan:

2 keping ikan tenggiri
2-3 ulas bawang putih
2-3 keping asam keping
Seinci lengkuas
Garam secukup rasa
1-2 cawan air ikut suka.

Cara-cara:

Masukkan air, hirisan bawang putih dan lengkuas serta asam keping. Renihkan seketika. Kemudian masukkan ikan. Tunggu mendidih....masukkan garam. Sedia dihidangkan. Senang kan?

8 comments:

~ yus ~ said...

akak pun suka makan singgang ni. Kami panggil masak pindang, tp cik abang kurang minat...

wida said...

ikan tenggiri mmg mahal kan.kalau kat trgnu ni..4 keping dlm rm11.
tp suka beli sbb x pyh susah2 nak siang..hehe.

qemaishak said...

Sokmo masak singgang ni wani..makan ngan budu & ulam mmg terangkat hehe

Mama Zara said...

kak yus...baru tahu masak pindang tu = singgang rupanya ye...hehe

Mama Zara said...

wida...tu pasal wani suka beli, tk payah susah2 nk siang lg dah...hehe

Mama Zara said...

qema...budu wani x mkn pulak...hehe

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

senang dan mudah tapi kak na buat untuk kak na je..abang pozi tak makan...

-Sara- said...

oo..saya klo masak singgang ni letakkan sekali bwg merah n kunyit hidup..kaler jd kuning sket.. kene ikn tongkol segar mmg terangkat..mkn cicoh budu! hehekk :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...