Showing posts with label Auni Zara. Show all posts
Showing posts with label Auni Zara. Show all posts

20 October 2012

Catatan Perjalanan Mama, Seorang Ibu Tinggal

Pada yg belum tahu, dah hampir 11 bulan kami suami isteri tinggal berasingan. Bukan lagi weekend husband and wife, tapi adakalanya monthly husband and wife :) Puchong dan Kota Bharu bukanlah jarak yang dekat kalau nak ulang alik setiap minggu kan. 

Mula-mula sekali, memang TAK YAKIN nak jaga anak2 sendiri tanpa bantuan sesiapa. So, percubaan dimulakan mintak umi tinggal sekali, tapi orang tua kan. Faham-faham je lah...lama mana lah sangat nak tinggalkan rumah dia. Maka, dapatlah dalam 2 minggu... Umi nak balik.... Minta jagakan kakak sekali sebab mama memang tak yakin boleh jaga dua beradik serentak, dengan adik yang masih menyusu masa tu. Kakak pon masih lagi minum susu botol.

Tak dapat bayangkan malam2 kalau keduanya bangun mintak susu serentak, cemana nak handle kan? Tapi sebulan je kakak duduk dengan neneknya. Tak lama lepas tu, dia sendiri mintak nak duduk dengan mama. Tak mo dah duduk dengan uwe. Kat sini lah cabaran bermula.


*Menangis takut kambing*


Anak takut kambing, menangis...nak mama!
Nak minum air oren, letak dalam botol....nak mama!
Nak mandi sendiri, tapi nak gosok gigi....pun dengan mama!

Ye lah...dah mama je yang ada, sapa lagi nak layan anak2 kan. Selama ni dalam keadaan yang sangat selesa... Hampir 4 tahun di Puchong...segalanya dibuat bersama. Eh, ye ke bersama? Rasanya lebih pada papa....

Anak nak mandi.....nak papa.
Anak nak susu....pun nak papa.
Anak nak yakkkk....pun yg basuhnya papa.




Maka, ketentuan Allah tu adil kan... dah terbiasa senang, maka kali ni diuji sedikit....gitulah kira2nya. Alhamdulillah, kira-kira beberapa minggu sebelum bulan puasa... diberitakan khabar gembira.


Tapi ketentuan Allah tu rapi dan cantik aturan hidup untuk hambanya... mama keguguran pada hari kedua berpuasa. Allah tahu, mama mungkin tak kuat untuk mengandung berjauhan dari suami dan nak menguruskan anak2 lagi. 

Berpantang bersendirian... mujur ada keluarga pengasuh anak2 yg memahami, 1-2 hari diorang ambil jaga anak2 smpai malam, kemudian dah malam hantar balik....ada lah ruang nak berehat sikit. Dan bertuah juga anak2 boleh diharap untuk picit2 kaki mama... 



Kekuatan mental sangat2 penting bila menguruskan anak2 bersendirian ni, tambah2 lagi bila kita keluar... apa saja aktiviti dengan anak2, macam2 yang kita kena bersedia... Anak menangis takut nak check gigi...ponnnn kita kena kuatkan mental, nak pujuk anak2 ni....




Anak makan comot2 kat luar...pon kena kuatkan iman... Nak marah2 diorang kat tempat umum...memang TAK la kan...so kena sentiasa bersedia dgn tuala etc... baju spare... Kalau ada papa nya sekali, tak la kalut macam ni... Jaga sorang satu...


Adakalanya anak2 nak makan sendiri... nak kena bagi jugak walaupun kita ni lagi senang nak suap anak2, tak mo buat keje mengemas byk2 kali, lap lantai etc nak2 lagi lepas anak2 makan..kan? So, kenalah bijak pilih menu apa nak masak nak bagi bebudak senang makan tak sepah2



*They enjoy my homemad mashed potato*



*Hasil karya Auni Zara*

Dan yang paling mencabar...bila anak2 sakit, SERENTAK! Allah je la tahu macamana perasaan seorang ibu ni... 



Tapi, biar apapun yang terjadi...hidup kena teruskan... walau kita sentiasa rasa letih, penat di tempat kerja...balik nak melayan anak2 lagi... Just let them do whatever they want, once they sleep... kita buat keje rumah, kemas2 apa2 yg sepah then ITU LAH MASA TERBAIK UNTUK KITA BEREHAT SAMA.


Syukur dikurniakan suami yang memahami... setiap kali papa balik, itu lah masa terbaik mama nak berehat. Segala urusan dengan anak2 akan diambil alih 100%! Syukur ya Allah!


13 June 2012

She loves bowling so much!


Not like her momma! Err.... Biaq pi la orang panggil mama Ratu Longkang pun...kan kakak ^_^

12 June 2012

Auni Zara dan Princess!


Dia takut kuda...

Tapi sebab keta kuda tu dihias ala-ala kereta kuda princess... Dia jadi berani!

Gud Girl!

27 April 2012

Anak-Anak Situ Sana Sini :)

Lamaaaaaa sangat kan tak cerita pasal anak-anak... Bizi sungguh mama ni nak oi.... Banyak sangat blog nak kena update :((













10 October 2011

Cucu mak ani

Lewat kebelakangan ini, kakak selalu sebut-sebut...

"cucu mak ani........... cucu mak ani....."

Setelah berminggu-minggu, mama dengan papa tersedar, ianya lirik lagu rupanya... Tapi baru semalam kami dapat mengesan, lagu apakah itu...u ols tahu tak lagu apa?

Versi Auni Zara:

Pok amai-amai, belalang hiku-hiku
Pok pandai..nanti mama upah cucu....
Cucu mak ani, pe muda
Adik angan angis, kakak nak buat ije!












Susu lemak manis ghopanyerrr..........alahai anak mama!

04 October 2011

Adik nampak hantu ke?

*Tak lama lagi mama akan bukak kilang bedak...senang sikit nak bagi budak2 ni main kannn....

Dah lama mama tak update cerita baru budak-budak ni. Kakak dah berusia 2 tahun 9 bulan, adik pula setahun 2 bulan 4 hari...

Kakak...macam2 dah pandai... adik pulak dalam proses belajar. Tapi penakut memang tak hilang2 lagi.

2 malam lepas, sekitar jam 2-3 pagi...adik menangis melalak-lalak... sesekali jari halus dia menuding ke arah siling... sesekali matanya tajam merenung... Mama pun apa lagi, renung sama la kot2 ada nampak apa-apa. Tapi mungkin adik sorang je yang nampak kan.

Malam semalam pulak, waktu yang sama tiba-tiba badan adik panas...sangat panas...terus mama lap2 dengan tuala basah...bagi makan ubat demam. Pagi tadi dah kebah...macam tak ada apa-apa berlaku.












Nota kaki: Apakah ada kaitan kedua-duanya???

22 September 2011

Mama...kakak tolong mama kat dapur ye?


Tahu tak kat mana ni? Eksaited sungguh mama tengok! Kalau lah mama ada duit banyak, memang mama belikan kabinet dapur mainan ni untuk kakak...

 "Ish...kenapa tak ada air ni ma?"

"Tak payah basuh la cawan ni....biar papa basuhkan nanti...hehe"

11 August 2011

Kanak-kanak dan LEGO


Kalau tengok pada paket pembungkusan LEGO ni, rasa2 mama lah...rata2 mesti ada menulis hanya untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas kan. Tapi mama ni jenis eksaited tak nyempat-nyempat nak tengok anak main. Masa kakak umur 2 tahun, mama ngan papa pernah pergi shopping kat Macy. Tingkat bawah tempat tu ada port mainan untuk kanak-kanak. Dan di situ ada LEGO. 

Sangat memeranjatkan kami kerana sebelum ni memang tak pernah beli/bagi LEGO pada kakak. Tapi kakak boleh dan tahu bagaimana nak cantumkan LEGO tu bagi membentuk bongkah yang tinggi.

Sejak dari itu lah kami belikan LEGO untuk kakak, walau sedar hakikat had umur tu kakak lum capai. Sumtimes timbul juga kemusykilan. Kenapa tak tulis above 2 years? Nak kata takut budak telan...besar gedabak kot bongkah LEGO tu...kita nak telan pon tak lepas masuk mulut.

Suka tengok anak-anak mengembangkan kreativiti mereka melalui permainan sebegini.

p/s: Anak-anak u ols main LEGO jugak ke?

Nota kaki: Nampaknya proses perceraian Auni Zara dibatalkan. Dia dah kembali rujuk dengan botol susu pink kegemarannya sebaik sahaja pulih dari muntah2 tu...huhu

05 August 2011

Balik Kampung...Ohhh Balik Kampung

Baru empat hari kita berpuasa kan, dan hari ni masuk hari ke lima. Tapi semalam dah terselit lagu balik kampung dari Allahyarham Sudirman ketika iklan di TV.

Yang mengejutkan mama tu...tiba2 kakak pun menyanyi sama... "ayikkkk ampunggggg...oooo...ayikk ampunggg...." seolah-olah macam dah biasa dengar, tapi mama percaya...tu lah pertama kali kakak dengar. Sampai papa tanya,

"Mama pernah ajar kakak nyanyi lagu ni ke?"

Nampak sangat kanak-kanak seawal usia 2 tahun setengah dah bijak meniru apa yang TV paparkan. Terus tangkap masuk otak dan proses mengingat pun bermula!

Nota kaki: Aniq Zaquan nampaknya dah mula sakit mata...habislah kalau kami semua dijangkiti :(

12 July 2011

Mama buat apew?

Itu lah dia dailog favourite Auni Zara... Bukan lah dia ikut2 bahasa muda mudi sekarang ni yang sukew-sukew tambah2 hurup W kt belakang tu sampai terjuih-juih bibir, tapi secara semulajadi bila dia mula nak bercakap tanpa pelat, perkataan 'apa' tu bunyi macam 'apew'...

Aduhai la anak....

Antara fav sentence dia:

"Kakak tengok wiwi (TV) ni" Sambil mulut sumbat ngan botol susu

"Adik! No...no..no...." Kakak yang garang. Suka marah adik.

"Mamaaaa....kakak nak ikut ni...." Bila tengok mama tengah bersiap.

05 July 2011

Bila kakak posing baju yang mama jahit....sejukkkk perut mengandung :)

Tak mo cerita banyak, just nak share pics yang kakak mintak mama snap once dia pakai baju kurung yang mama jahitkan.

Specially designed for her.





Segala mak nenek mainan dia...dia nak hangkut photo shoot sama... Hurm...berminat nak bagi anak2 dara u ols tampil unik di hari raya? Leh kontek mama :) Email to mrs_shazwani[at]yahoo.com

01 July 2011

Kalaulah baik macamni sampai bila-bila


Bahagia je tengok kannn....

Tapi adik beradik, kalau tak gaduh tak sah. Kejap je baik ni kang...

Sat gi ada la yang melalak.

Adik yang manja

Kakak pun sama

Tapi bila dia lepuk adik, dia yang menangis dulu...boleh gitu?

Kononnya adik buat dia...

Alahaiiiiii anak mama!

28 June 2011

Kakak pandai apa?

"Kakak nengok wiwi (tv). Papa nengok wiwi. Adik tido. Mama nengok wiwi. "

Tu lah dialog kakak setiap kali calling2 uwe kat kampung. Padahal bukanlah kami duk tengok tv pun. Tapi duduk depan tv. hihiii....

"Kakak nak alik ampong.." Hurm...kaka dah mula rindu kat wan agaknya.

27 June 2011

Peminat Papa


Bila kedua-duanya nak papaaaaaaaaa jugakkk... ada car seat pon tak guna :) Masa ni mama surrender, memandu adalah lebih baik...kih kih kih

21 June 2011

Bukan niat mama nak marah kakak...

Bukan niat mama nak marah kakak bila...

Balik je dari taska, nak ikut papa mandi...nak ikut mama mandi...
Bukan marah sebab kamu nak mandi...
Tapi sebab kakak baru je mandi petang kat taska...dan dah pakai baju tidur pun.

Bukan niat mama nak marah kakak bila...

Tak nak pakai baju yang mama pilihkan...
Bukan marah sebab pilihan mama tak dipeduli...
Tapi marah bila baju yang dalam bakul kotor menjadi pilihan kamu.

Bukan niat mama nak marah kakak bila...

Kamu ketuk kepala adik...
Lepas tu kata adik yang buat kamu...
Bukan marah sebab mama lagi sayangkan adik...
Tapi mama marah bila kamu cakap bohong.

15 June 2011

Takut Air

Bakal dijadikan kepala blog :)

Berbalik kepada tajuk takutkan air, nampak nya setakat ni anak2 mama dan papa kedua-duanya macam takut2 je dengan air...air laut je lah, kalau air paip memang nan hado takut.... Lagi suka main ada lah!

Kakak berlari bak hilang arah bila dilepaskan di pantai... ada 'bokbong' katanya...hihii... Kamu tau apa itu 'bokbong'?

Sesi diplomasi diperlukan bagi mengelakkan kakak didukung sepanjang masa. Patah pinggang mama ni nak oiiii....
Adik...nak kata takut tu tak lah sangat...tapi mungkin lebih kepada jakun? Hahaha....

Geli agaknya bila kaki dia jejak pasir :)

Menangis dan terus menangis sampai lah nak balik...takut sungguh dia dengan laut.... :P

14 June 2011

Tak cukup tidur

Kakak Auni baru potong rambut.... "Comel tak rambut baru kakak?"

Ni kisah semalam, gara2 bercuti panjang...sambil mandi pon mata pejam... masa pakai pampers pon masih tak nak sedarkan diri jugak..

Dah pakaikan seluar ponnnnn tamo bukak mata lagi.... layan je lah kak... Nasib baik atas motor tak tido :)

13 June 2011

Habis dah cuti...

Setelah seminggu bercuti, pagi tadi kakak dan adik masing-masing lewat bangun... kakak mandi pon boleh sambil pejam mata. Apatah lagi time pakaikan baju dan pampers...siap sambung tido! Esok mama hapdetkan gambar kakak pagi tadi :)

Sneak preview aktiviti seminggu adik dan kakak

Menjaga tiang seri rumah moyang di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

Menyelongkar almari sisi tv rumah 'uwe'. Ni kemahiran adik yang terbaru, belajar duduk!

Kakak dengan atuk dan uwe nya. Manja yang amat! Sepuluh minit sesi diplomasi diperlukan untuk membawa kakak pulang kembali ke Puchong! Tunggu uwe dah pindah rumah baru ye kakak, nanti mama tinggalkan kamu kat sana :)

Join mama ke kenduri situ sana sini... mengumpulkan doorgift :)

Ada lagi....next entry pulak lah ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...