Showing posts with label Aniq Zaquan. Show all posts
Showing posts with label Aniq Zaquan. Show all posts

20 October 2012

Catatan Perjalanan Mama, Seorang Ibu Tinggal

Pada yg belum tahu, dah hampir 11 bulan kami suami isteri tinggal berasingan. Bukan lagi weekend husband and wife, tapi adakalanya monthly husband and wife :) Puchong dan Kota Bharu bukanlah jarak yang dekat kalau nak ulang alik setiap minggu kan. 

Mula-mula sekali, memang TAK YAKIN nak jaga anak2 sendiri tanpa bantuan sesiapa. So, percubaan dimulakan mintak umi tinggal sekali, tapi orang tua kan. Faham-faham je lah...lama mana lah sangat nak tinggalkan rumah dia. Maka, dapatlah dalam 2 minggu... Umi nak balik.... Minta jagakan kakak sekali sebab mama memang tak yakin boleh jaga dua beradik serentak, dengan adik yang masih menyusu masa tu. Kakak pon masih lagi minum susu botol.

Tak dapat bayangkan malam2 kalau keduanya bangun mintak susu serentak, cemana nak handle kan? Tapi sebulan je kakak duduk dengan neneknya. Tak lama lepas tu, dia sendiri mintak nak duduk dengan mama. Tak mo dah duduk dengan uwe. Kat sini lah cabaran bermula.


*Menangis takut kambing*


Anak takut kambing, menangis...nak mama!
Nak minum air oren, letak dalam botol....nak mama!
Nak mandi sendiri, tapi nak gosok gigi....pun dengan mama!

Ye lah...dah mama je yang ada, sapa lagi nak layan anak2 kan. Selama ni dalam keadaan yang sangat selesa... Hampir 4 tahun di Puchong...segalanya dibuat bersama. Eh, ye ke bersama? Rasanya lebih pada papa....

Anak nak mandi.....nak papa.
Anak nak susu....pun nak papa.
Anak nak yakkkk....pun yg basuhnya papa.




Maka, ketentuan Allah tu adil kan... dah terbiasa senang, maka kali ni diuji sedikit....gitulah kira2nya. Alhamdulillah, kira-kira beberapa minggu sebelum bulan puasa... diberitakan khabar gembira.


Tapi ketentuan Allah tu rapi dan cantik aturan hidup untuk hambanya... mama keguguran pada hari kedua berpuasa. Allah tahu, mama mungkin tak kuat untuk mengandung berjauhan dari suami dan nak menguruskan anak2 lagi. 

Berpantang bersendirian... mujur ada keluarga pengasuh anak2 yg memahami, 1-2 hari diorang ambil jaga anak2 smpai malam, kemudian dah malam hantar balik....ada lah ruang nak berehat sikit. Dan bertuah juga anak2 boleh diharap untuk picit2 kaki mama... 



Kekuatan mental sangat2 penting bila menguruskan anak2 bersendirian ni, tambah2 lagi bila kita keluar... apa saja aktiviti dengan anak2, macam2 yang kita kena bersedia... Anak menangis takut nak check gigi...ponnnn kita kena kuatkan mental, nak pujuk anak2 ni....




Anak makan comot2 kat luar...pon kena kuatkan iman... Nak marah2 diorang kat tempat umum...memang TAK la kan...so kena sentiasa bersedia dgn tuala etc... baju spare... Kalau ada papa nya sekali, tak la kalut macam ni... Jaga sorang satu...


Adakalanya anak2 nak makan sendiri... nak kena bagi jugak walaupun kita ni lagi senang nak suap anak2, tak mo buat keje mengemas byk2 kali, lap lantai etc nak2 lagi lepas anak2 makan..kan? So, kenalah bijak pilih menu apa nak masak nak bagi bebudak senang makan tak sepah2



*They enjoy my homemad mashed potato*



*Hasil karya Auni Zara*

Dan yang paling mencabar...bila anak2 sakit, SERENTAK! Allah je la tahu macamana perasaan seorang ibu ni... 



Tapi, biar apapun yang terjadi...hidup kena teruskan... walau kita sentiasa rasa letih, penat di tempat kerja...balik nak melayan anak2 lagi... Just let them do whatever they want, once they sleep... kita buat keje rumah, kemas2 apa2 yg sepah then ITU LAH MASA TERBAIK UNTUK KITA BEREHAT SAMA.


Syukur dikurniakan suami yang memahami... setiap kali papa balik, itu lah masa terbaik mama nak berehat. Segala urusan dengan anak2 akan diambil alih 100%! Syukur ya Allah!


12 June 2012

His first time...


Aniq sihat! Aniq sihat! <--ayat sedapkan hati mama ^_^

Kejadian ni berlaku 3 minggu lepas dah... Selepas dianalisa oleh 4 orang doktor, alhamdulillah... bebas dari penyakit Asma.

27 April 2012

Anak-Anak Situ Sana Sini :)

Lamaaaaaa sangat kan tak cerita pasal anak-anak... Bizi sungguh mama ni nak oi.... Banyak sangat blog nak kena update :((













23 November 2011

Anak-anak, Bola & Artis

 

Lama mama tak hapdet cerita anak-anak since dah bertukar tempat kerja Smile So, here we goes. Entry kali ni kita fokus kat Aniq Zaquan dan papanya…hihii…. Memandangkan mama kena join tengok perlawanan bola sepak di Sri Pentas TV3, maka apa lagi…bala tentera diangkut bersama.

100_6205[1]

Aniq dan papa bersama Usop Wilcha…. Dulu sekadar peminat, sekarang dah jadi rakan sekerja mama. Abg Usop sangat peramah!

100_6193[1]

Aniq kena culik dengan Ikhwan….

100_6192[1]

Sama booolaattttt…ahaks! Dulu kami meminati Ikhwan especially dalam drama Bong, now punnn dah jadi rakan sekerja….

100_6202[1]

Yang ni pelakon Juvana.

Ok done. Banyak lagi gambar nak share.

13 October 2011

Burung itu takkan terbang lah nak...


Dik....gaya tidur mu tu mirip seperti takutkan burung mu terbang...hehe. Lasak sungguh anak mama....katil double ni dia sorang je yang conquer :)

04 October 2011

Adik nampak hantu ke?

*Tak lama lagi mama akan bukak kilang bedak...senang sikit nak bagi budak2 ni main kannn....

Dah lama mama tak update cerita baru budak-budak ni. Kakak dah berusia 2 tahun 9 bulan, adik pula setahun 2 bulan 4 hari...

Kakak...macam2 dah pandai... adik pulak dalam proses belajar. Tapi penakut memang tak hilang2 lagi.

2 malam lepas, sekitar jam 2-3 pagi...adik menangis melalak-lalak... sesekali jari halus dia menuding ke arah siling... sesekali matanya tajam merenung... Mama pun apa lagi, renung sama la kot2 ada nampak apa-apa. Tapi mungkin adik sorang je yang nampak kan.

Malam semalam pulak, waktu yang sama tiba-tiba badan adik panas...sangat panas...terus mama lap2 dengan tuala basah...bagi makan ubat demam. Pagi tadi dah kebah...macam tak ada apa-apa berlaku.












Nota kaki: Apakah ada kaitan kedua-duanya???

15 September 2011

Pemilik TASKA (ISLAM) Sila Educate Staff Anda Berkaitan Penyusuan Susu Ibu

Sebelum mama meneruskan coretan mengguris hati untuk hari ini, mama nak jawab dulu mengenai gambar yang terpapar di entry semalam (Klik SINI). Adakalanya, bila kakak menangis2 nak susu, memang tahap tak boleh ditunggu2 lagi....kebetulan pada masa yang sama adik juga inginkan perhatian mama....pun nak susu jugak. Tu lah terjadi kisah papa buat susu sambil memandu! Bila mana kawasan tersebut tak mengizinkan untuk papa memberhentikan kereta.

Berbalik kepada cerita taska ISLAM dan penyusuan susu ibu.

Mungkin ada yang sedia maklum, mama merupakan seorang ibu yang menyusukan anak dan membekalkan EBM kepada anak ketika di taska. Sejak dari kakak lagi mama buat macam ni. Tetapi usaha mama tu terhenti setakat 9 bulan saja dek mengandungkan si adik pula, kakak terus tolak susu badan.

Tapi adik, sehingga ke usia 13 bulan pon masih lagi menyusu badan. Alhamdulillah, B mama pun masih bengkak2 macam masa dalam pantang lagi bila di tempat kerja. So, dah jadi tanggungjawab mama untuk pam dan simpan buat bekal adik di Taska keesokan harinya. Lately ni, mama bukanlah tegar sangat dalam penyusuan ni. Adakalanya time tak cukup stok (read: kurang pam untuk buat stok), adik diberikan juga susu tepung. Tapi BUKAN SELALU. Adalah sekali dalam seminggu.

Cuma mama sedih, bila pekerja2 TASKA ISLAM tu seperti memberi hint kepada mama untuk tidak lagi bekalkan EBM. Apa hak mereka? U ols nak tolong belikan susu tepung untuk adik ke?

Ni lah dia bila orang buka taska, dia pon nak buka juga. Tapi ilmu2 sebegini yang SANGAT berkait rapat dengan bayi, diabaikan! 

Buat pemilik TASKA yang mengaku ISLAM di luar sana....sila lah berikan kursus yang secukupnya buat pekerja-pekerja anda.
Tak guna mengaku ISLAM kalau hak ibu kepada si anak pon korang nak nafikan!


19 August 2011

Berlatih untuk Raya

Rentetan dari kisah mama yang mengugut adik untuk tidak membelikan seluar jeans sekiranya hari Raya akan datang adik masih belum berjalan (klik SINI), mama rasa adik sedikit bersemangat selepas dimotivasikan dengan sepasang sandal Nike tiruan.

Bermula dari Nuzul Quran yang lalu, papa yang menyaksikan adik melangkah lebih jauh (mama kerja...huhuuuu). Kata papa, dari kerusi ke almari adik menapak...ada lah dalam 10 langkah...dan masa yang diambil sangatlah lamaaaaaaaaa..... Alhamdulillah

Semalam mama saja nak test adik menapak dengan Sandal ni....Ekceli, boleh tahan berat jugak sandal ni untuk adik. Tu yang terpaksa berpaut lagi kat kerusi gamaknya.


Usah ditanya kenapa bahagian bawah adik kelihatan togel.....tu kerja papa dia!
 Berat...tercabut jua akhitnya
Adik kutip dan angkat sandal nya.
Gulp! Adik ngapppp??? Tak puas hati gamaknya!

01 August 2011

Makhluk halus keluar di waktu sahur

Dinihari pagi tadi, setelah menyusukan Aniq dan mama dengan high confident yang Aniq memang dah nyenyak, baru lah bangun dah bersiap juadah sahur di dapur. 5 minit je masak ayam kunyit (resepi di SINI), panaskan nasi dulu sebelum tu...then bawa lah juadah sahur ni ke ruang tamu.

Hajat nak makan sambil ngadap tv lah kan. Tak delah suram sangat suasana sahur tu. Papa masuk dapur, nak buat air panas. Mama dah mengadap makanan. Tiba-tiba mama nampak pintu bilik bergerak. Ditarik dari dalam dan terlihat kelibat....















makhluk halus itu! Entah macam mana dia boleh turun dari katil...sah-sah main terjun je ni...huhuu...nasib baik lah tepi katil tu ada tilam kakak, kalau tak, mesti benjol dahi tu...

Dan makhluk halus a.k.a Aniq pon merangkak keluar dengan senyuman...huh! Budak kecik ni kalau tak de bau mama kat sebelah memang tak leh tido! Mudah je terjaga... Pandai pulak tu nak keluar bilik?

30 July 2011

He turns to 1! How he was born?

Alhamdulillah... setahun yang lalu, pada waktu dan saat ini..mama baru sahaja merasa sakit2 'manja' setelah di induce pada jam 6 pagi. Sakit2 yang masih membolehkan mama mandi pagi itu sendirian... Walau berjalan terkepit-kepit- bimbang bayi jatuh...hehe, tapi masih lagi boleh layan makan-makan...

Sekitar jam 12, mama setia menanti papa bawakan Teh ais. Ketika sedang makan tengahari tu (papa suapkan), sakit perut makin menjadi-jadi. Namun mama masih boleh bertahan kerana hadirnya seorang jururawat pelatih yang mahir sungguh membuat urutan di bahagian pinggang. Sedih pula mama fikirkan bila mama terlupa nak bertanyakan nama. Tapi wajahnya masih terpahat dalam ingatan mama. Nurse muda yang gemar bermekap :)

Belum sempat nak meneguk teh ais itu, doktor datang memeriksa kerana perasan muka mama yang berkerut lain macam. Dan...7 cm! Mama terus ditolak ke Labour Room... Tanpa sempat papa dipanggil masuk ke LR, akhirnya Aniq Zaquan terlebih dahulu menjenguk keluar. Sungguh senang, walau pun ada juga pertelingkahan kecil dengan jururawat 'tua' yang memarahi mama kerana lupa bagaimana nak meneran, sedangkan jarak adik dan kakak tak sampai 2 tahun!

Padahal mereka tak habis selidik, masa kakak dulu...mama tak keluarkannya secara meneran bersungguh-sungguh! Sebalik nya kakak di 'vacuum' Oh..tak apa la kan, kisah dah berlalu.

Dan hari ni...genap setahun umur mu nak... Sama dengan hari ulangtahun Pak Su Edi...yang mana pada tahun lepas, beria-ria dia minta mama tahan, jangan bersalin pada tarikh jangkaan yang diberikan pada doktor iaitu 19hb! Mama katakan pada PakSu..Ianya mustahil kerana terlebih 11 hari...

Namun kuasa Allah yang menentukan segalanya, DIA dah merancang untuk mengeluarkanmu pada tarikh yang sama dengan pak su mu dilahirkan, 14 tahun yang lalu. Dan hari ini, kamu berkongsi tarikh lahir dengan paksu! Subhanallah...maha suci Allah.


Selamat Ulang Tahun Pertama Aniq Zaquan dan yang ke-15 buat PakSu Edi

p/s: Mama macam terdengar pak ngah nak belanja kek?


18 July 2011

Aniq is a Wormian Boy

Setelah berhari-hari selepas proses diagnosis penyakit Aniq Zaquan, maka mama selesa memanggil adik as Wormian Boy. Bila mama rasa2 tengkorak kepala dia, yup...memang sama dengan definisi Wormian Bones yang kami (mama dan doktor2) baca di wikipedia.

So, di usia Wormian Boy yang lagi 2 minggu nak cecah setahun ni, dia dah pandai nak:

-Berdiri lama-lama tanpa berpaut
-Menangis ketakutan bila diusik dengan 'Bokbong' atau terdengar bunyi hon motor India jual roti
-Main bola.... baling2 bola.. (kakak dulu pandai pegang je, baling tak reti.Dah nak masuk 2 tahun kot baru pandai membaling)
-Keluar dari walker
-Tolak-tolak kerusi/walker
 dan














-Masuk main air dalam bilik air! Huhh....yang ni betul2 mencemaskan.

15 July 2011

Mama, Aniq dan Doktor

Alhamdulillah...segala2nya selesai. Walau masih belum ada kata putus jawapan kepada apa yang ada di kepala Aniq, tapi mama rasa cukup melegakan buat waktu ini.

Kes ini jarang2 berlaku menurut pakar kanak-kanak. Dan ianya disebut Wormian Bone. Dan sebab jarang berlaku tu lah maka doktor hanya merujuk pada wikipedia mengenainya. Hurmm... tak apa lah. As long as tak membahayakan.

Wut eva it is... kes Aniq akan dirujuk semula lagi 2 bulan untuk melihat perkembangannya. Jika ia semakin membesar, maka mungkin doktor akan men diagnose ianya sebagai penyakit yang lain pula. Doakan semuanya selamat ye...

Notes: Tetiba mama rasa macam dah jadi doktor jugak...search je pasal simptom2 yang ada, then refer kat wikipedia :) 

Call me Doktor Mama please!

13 July 2011

Bukan Kepala Besar

Semakin hampir dengan tarikh appointment bersama PAED, semakin mama rajinkan diri surfing permasalahan2 kesihatan mengenai kepala bayi. So, berikut merupakan yang paling ditakuti bila berkait dengan kepala ni:
Hydrocephalus.

Sefahaman mama yang hanya ada ilmu perubatan peringkat asas sahaja (read: masuk belajar kursus sains hayat tak sampai 2 minggu sebelum tukar kursus...hehe), hydrocephalus bermaksud lebihan cecair di otak.

Air yang terkumpul ni akan menyebabkan tengkorak turut sama membesar dan ianya boleh menyebabkan kematian.

Info pertama, dah cukup melegakan mama sebenarnya. Sebab dalam kes Aniq, bahagian yang kelihatan berlainan dan yang mama syaki ada bendalir tu merupakan di luar tengkorak, kira di antara lapisan kulit kepala dan juga tengkorak. Kulit tu, kalau ditekan-tekan memang dapat rasa lembut2 (air) dan tekan lagi, masih dapat merasai kerasnya tengkorak.

Tapi naluri dan hati ibu, tak cukup dengan satu bukti saja kan? Mama korek lagi info untuk mendapatkan simptom-simptom penyakit kepala besar (hydrocephalus) ni.

Mata yang kelihatan pandangannya ke bawah (Sundowning)  - TIADAMudah marah - TIADASawan - TAK PERNAH Mengantuk - HURM..TIADAMuntah - SETIAP KALI DIBERI EBM.. SETAKAT NI MEMANG HARI-HARI MUNTAH :(

So, mudah-mudahan Aniq Zaquan dijauhkan dari penyakit ini.
 

08 July 2011

Debaran 147

Semalam mama dah pergi ke Klinik Pediatrik di Hospital Serdang. Tarikh temujanji berikutnya juga dah dapat. Maka menanti lah mama dengan penuh debar. 14hb July. Seminggu lagi untuk memikirkan:
  1. Macamana nak ke sana tanpa papa?
  2. Nak bawak kereta sambil pangku Aniq ke?
  3. Atau biarkan dia di car seat dengan kemungkinan dia meloloskan diri dari seat belt adalah sangat tinggi?
  4. Naik cab? Oh noo...tak jimat...tak jimat... tapi maybe...
Buntu. 

07 July 2011

Keputusan X-Ray Kepala Aniq

Menunggu lama itu bukan lagi masalah bagi mama dan papa. Kerana kami dah biasa. Dan memang kena biasakan diri sebab nak dapatkan khidmat percuma dari kerajaan, kan? So tak boleh nak complain lebih2 kalau terpaksa menunggu lama. Dah tak berduit banyak.... buat lah cara orang tak berduit banyak, ye tak?
Tapi bila terpaksa menunggu lama sebab doktor lupaaaaaa nak panggil... itu amat2 dikesali. But then, no problem since doktor muda itu dengan humble nya memohon maaf berulang kali. Sejuk hati mama, marah diketepikan. Tak apalah, doktor pun manusia biasa jugak kan...bukannya malaikat.

Bila ke ED ni, mama berdoa semoga doktor yang pernah mama ceritakan di SINI tu dah bercuti bersalin. Harap sangat tidak diketemukan dengan beliau lagi. 

Tapi dah jodoh tak ke mana kan. Walau mama dpt sesi consult dengan doktor muda yang humble tadi, tapi beliau yang kelihatan masih baru itu pergi lah merujuk dengan doktor 'acuh tak acuh' yang mama cuba elakkan tu! Seperti biasa....kelakuan dia masih sama! Ohh...apalah malang nasib. Malas nak cerita lebih2.

Setelah keputusan x-ray keluar...ini jawapannya:










Tak ada keputusan.

Merisaukan tak? Positif tidak, negatif pon tidak. Hati ibu mana lah yang tak risau. Ada kelainan sedikit pada paparan x-ray itu. Juga pada tempat yang sama dengan bahagian kepala yang kelihatan seperti berisi air di luar tempurungnya. 

Tapi doktor2 yang mama kira seramai 4 orang tu pun tak dapat nak diagnose, kesan apakah itu :(

Hari ni mama akan pergi ambil tarikh untuk appointment seterusnya, berjumpa PAED pulak.

06 July 2011

A dialog with a doctor

Due to semalam punya entry, mama rujuk dengan doktor Amin dulu, whom is our family's friend. Mama buntu kan, so mama tanyalah doc Amin...apa mama nak buat...bawa ke klinik biasa atau terus ke hospital...

Mama cerita kan kondisi Aniq Zaquan:

Kepala lembut di bahagian bucu kepala kanan. Bila tekan2 macam ada lebihan cecair
Tak bengkak, sebab kalau bengkak mesti keras dan baby asyik menangis
Tak sakit, sebab dia tak menangis kalau kita tekan2 kepala dia.

And this is what he replied to me:

"Kebanyakan kes bayi kepala besar (lebihan cecair di kepala) bermula pada peringkat awal yang tidak menyakitkan."

Rasa macam nak luruh jantung waktu tu... :((

He asked me to bring Aniq to Emmergency dpt.

But Im still confused. Tak nak lah terjadi macam cerita kakak hari tu kan. Mama bawak Aniq ke klinik biasa. dulu And you know what....










The answer is same :( He gave us a reference letter, and we are going to the Hospitall this evening. Please pray for my baby.

05 July 2011

Bayi berkepala lembut

Salam semua. Mama nak tanya, ada sesiapa yang pernah jumpa/pegang/rasa kepala bayi berumur 11 bulan, tapi masih lembut macam bahagian ubun2?

Hurmm...tak tahu nak cerita atau tak. Tapi selagi tak luah, rasa resah je. Nak jumpa doktor kat Hospital...takut jadi macam kakak dulu...acuh tak acuh je layan :( Sampai mak patient ni rasa malu sendiri...huhuu

Tak tahu lah sejak bila, cuma perasan lately ni (past 2 weeks), masa mama menyusukan Aniq Zaquan... mama suka usap kepala dia. Bila pegang bahagian kepala sebelah kanan...mama tekan2 kulit kepala dia macam lembut. Pegang belah kiri, sah tak sama! But still, ada rasa keras tempurung kepala tu.

Cuma kulit dia macam gel...rasa ada air je bila kita tekan2. Biasa kat ubun2 kan? Ni area dekat2 telinga tu. Kenapa ye? Tapi dia tak menangis...tu yang musykil...hurmmm

01 July 2011

Kalaulah baik macamni sampai bila-bila


Bahagia je tengok kannn....

Tapi adik beradik, kalau tak gaduh tak sah. Kejap je baik ni kang...

Sat gi ada la yang melalak.

Adik yang manja

Kakak pun sama

Tapi bila dia lepuk adik, dia yang menangis dulu...boleh gitu?

Kononnya adik buat dia...

Alahaiiiiii anak mama!

27 June 2011

Peminat Papa


Bila kedua-duanya nak papaaaaaaaaa jugakkk... ada car seat pon tak guna :) Masa ni mama surrender, memandu adalah lebih baik...kih kih kih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...