12 December 2010

Misi Hari Sabtu: Mencari Kedai Kraf…dan Terlepas ke Muzium Negara :)

Pagi tadi mama buat entry pasal nak jalan2 ke KL kan..Ekceli nak ke sana sebab ada misi utama, mencarai kedai kraf! So, kedai pertama yg mama tuju dekat Ampang lepas bersantap kt blkang Istana. Kedai tu nama Cottage apa tah…lupa plak..hihii….gambar pon x snap, sebab mama masuk sorang2, pyh nak park depan kedai.

Pastu, tak puas hati lagi. Terus ke kedai kraf yang kedua, Haby and Wool kat Ampang Park. Tengoklah kakak yang lagi syok menyopping dari mama dia!

100_2060

Lepas tu gi plak makan tengahari kat Kg Attap. Konon2 nak cari Ikan bakar Istana yang glemer tu, tapi tatau plak celah mana. So, makan je lah kat Lanai Attap. Baru bukak semalam gamaknya tempat ni sebab tengok tarikh kat slipar jepun yg owner sediakan untuk surau dia- 10-12-10. Cantik surau dia. Klasik.

Kemudian, perjalanan hari Sabtu kitorang teruskan plak ke Muzium Negara..haha..jangan gelak k! Kitorang ni memang dari zaman bercinta lagi, suka pi melawat tempat2 cenggini…hihiii

Kebetulan ada pameran tenun, tapi tak masuklah. sebab kena bayar 3 hengget tambahan. tengok dari luar cam tak de apa je. So, tengok orang canting batik je lah secara LIVE.

100_2065100_2068

Ni kat dalam Muzium. Gamaknya dah penat sangat. Pantang jumpa tempat yang agak2 dia leh landing montot, terus duduk!

100_2088100_2143100_2148100_2161

Sampai topi dia pon dia buang..so, kesimpulannya kakak memang boring..haha..kesian kakak.

100_2110

Adik Aniq baik..tido je, dekat2 nak balik tu baru jaga Smile

100_2137

Ok, enough lawatan Persatuan Sejarah ke Muzium Negara, kitorang pun balik. Hajatnya nak terjah lagi 3 senarai kedai kraf ni. Anna Patchwork kat Sunway Pyramid. Perghh..jem giler! Sampai parking tak de. So CANCEL. Pastu Elitronic Sdn Bhd kot kalo x silap kat Boulevard Damansara. Tak jumpa cari. Pastu gi PJ, SS2/55 Craft World. Tutup lah pulak..huhuuu..sedih!

End up, singgah Taipan. Kedai ni memang mama biasa gi.

100_2174

Dah penat. Balik rumah. Huwaaaaa..letrik plak tak de! Cuak kejap mama, cek susu lam peti. Sebbaik tak cair lagi…huhuu..tunggu punya tunggu, lepas maghrib, tak de gak lagi. Kitorang pun apa lagi, panas montot beb! Siap2 terus ke Carrefour Alamanda pulak. Nak carik LEGO untuk kakak since dia tunjukkan minat main Lego masa gi Macy hari tu.

100_2186

Oh, mama pun ada habuan jugak ye! My dream tool box! Tadi tengok kat Mayfair- 49.90..huhu..telan air liur je lah. Ni 19hengget je..so, leh la rembat!

100_2187100_2188

OK, mission DONE untuk hari ni. Esok? Duk rumah je la, kain dah menimbun ready tuk didobi….Adios!

2 comments:

silverline said...

terjumpa yr blog....i blajar vocab baru..... "montot"......memang kelakar...setiap terpandang perkataan tu i tergelak.

i pun tengah cari craft shop..bercadang nak jengok Elitronic and Craft World next week.

Mama Zara said...

hi dear... elitronic tu ai x pergi pon lagi...x jumpa..hihi

tapi CraftWorld tu memang best! kat SS2 PJ :)

p/s: montot tu konon2 istilah sopan sket la..hihii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...