16 December 2010

Sedih lagi... Kenapa adik-adik tak nak memahami?

Untuk adik-adik tersayang,

Korang tau tak, kak long korang ni kuli je? Ye, memang kak long keje gaji 'besar'. Sebab korang ingat lepasan degree ni gaji 'besar' lah sangat kan. Tapi besar mana lah gaji tu bila duduk kat bandar besar ni, gerak sikit nak duit, berak kencing pon sumer nak kena bayar. Kak long ikat perut tau hari-hari. Tengahari bawak bekal. Pagi rela brekpes makan roti je. Atau minum air je segelas.

Maaf lah, kak long korang ni bukan kahwin dengan jutawan. Dah tertulis jodoh kak long macam ni. Kak long redha. Dan bahagia. Cuma kak long kena kerja keras nak hidup ni. Dah kahwin, ada anak-anak...baru kak long tau pentingnya duit ni. Kalau dari awal kak long tau, memang kak long ikat perut dari zaman belajar, jimat2 dengan PTPTN. Sebab tu kak long nasihatkan korang dari awal.

Korang tau tak, banyak bende kak long tak leh buat sebab DUIT??? Kenduri kahwin kawan baik, ponnn tak dapat pergi, sebab??? DUIT! Sedih tauu..tapi ada korang tanya khabar? Tak de kan? Bila nak duit baru cari kak long..Ohhh sedih! Korang tau tak dah nak masuk 3 tahun kak long kahwin, honeymoon pun tak pernah merasa??? Sebab apa...korang tau tak? Sebab DUIT!

Korang tau tak, nak raya tahun 2011 ni kak long dah kena menyimpan dari lepas Raya tahun ni? Nak bayar road tax untuk tahun depan, pun dah nak kena start saving? Korang tau tak semua tu??? Kak long bukan kerja dengan company yang ada bonus sampai 5-6 bulan gaji macam Kak Long Zaza...macam Ayah Lie...tak! Jauh sekali nak merasa semua tu.

Korang pernah tau tak apa maksud istilah tengah bulan untuk orang yang makan gaji macam kak long? Tengah bulan yang menyesakkan seandainya ada terlari bajet. Nasib baik stok susu dengan pampers kak long dah beli awal2. Tu pon kadang2 tak cukup, kak long terpaksa korek sana sini nak beli susu Auni. Pampers plak, kalau tak cukup hujung2 bulan, gigih kak long pakaikan lampin kain (CD) kat diorang siang malam.

Korang nampak kak long berduit sebab ada bisnes kah? Korang tahu tak apa status bisnes kak long sejak akhir-akhir ini? Gara-gara sibuk dengan keluarga, semua tu kak long dah tak terbuat. Sedih! Tapi kalau ada sale sesat satu dua di kala tengah bulan, walaupun doploh atau tiga ploh hengget, kak long berusaha untuk close deal, sebab apa??? Lepas lah nak beli susu kakak. Atau belanja kak long kat pejabat untuk seminggu dua. Atau emergency kalo anak-anak sakit tengah malam.

Ke korang nampak kak long berduit sebab kak long selalu cerita gi sana..gi sini....? Eh, korang perasan tak? Tempat2 yang kak long pergi untuk bawak Auni jalan2 tu? Semua yang samada entrance FREE atau bayar 2-3 hengget je. Gigih kak long bawak jugak sebab kesian. Takut Auni membesar tak macam orang lain. Terkurung je kat rumah.

Memang korang tak rasa kesusahannya sekarang, sebab korang mintak je, ayah ngan umi bagi. Pastu belanja je. Tak payah pikir nak bayar apa2. Kalau ada pun, hello je kat Ayah kan?

Terpulang lah, kak long tak kisah korang baca atau tak, cuma kak long nak korang tau, kak long sedih bila dituduh nak bagi duit kat adik pon kedekut. Sedangkan dalam hati tuhan je yang tahu. Aniq demam semalam. Kak long bertahan je kat rumah selagi mampu bertahan dengan ubat beli kat farmasi.

Nak gi klinik? Bajet bulan ni dah lari, sebab dah hulur kat adik. Alih-alih..tak cukup lagi :(

Oh..sedih!

Mode: Sangat kecewa. Bukan kak long nak mendedahkan apa yang tak perlu didedah. Tapi sebagai pengajaran buat semua. Dan kerana kak long sangat sedih!

Tertarik dengan entry kak Diana ni.

24 comments:

amimarz said...

sabar Kak Long...dugaan hidup begitu la.. harap Aniq da sembuh demam ya!!!

mamaqaireen said...

sabar ye..saya faham,sbb sy pun menjaga 2 org adik yg baru habis spm & masih belajar di IPTA..ibubapa sy dh meniggal..mmg banyk sgt2 dugaan..duit,masa,hati, perasaan,pas tu suami,anak,adik2 semua tgjwb kita!

Mama Kembar Tiga said...

Sabar je laa... biasa laa tu org tgk nampak cam kita senang sentiasa. Even family sendiri pun blum tentu tau keadaan sebenar, kenapa? Sbb of course kita tak kan tunjuk kesusahan kita kan? InsyaAllah adik adik u akan paham suatu hari nanti bila diorang pun kena laluinya. Sabar laa yer

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

sabar kak an....sedih kak na baca luahan kak an nie...tapelah moga mereka memahami hidup kita sebagai org makan gaji nie...

aniq macam mana dah ok ke blum...nanti kalau deman lagi petang nie bawak pi klinik tau...tak pun bawak je hospital putrajaya ia layan je kalau demam malam pun dia layan..jangan biarkan tau...

Mama Zara said...

amimarz, ye sy hanya mampu bersabar :(

mamaqaireen, kalau parents dah xde, secara automatik mmg kita lah yg menanggungnya kan. ni parents saya ada lagi. keduanya masih sihat walafiat..alhamdulillah

Mama Kembar, rasa lambat sgt masa berlalu...tak sabar nak tgu dorang dah matang. nak tengok macamana dorang nanti bila dah kawen n beranak pinak :(

kak na, aniq dah ok sket. aniq anak yg baik dan memahami agaknya sbb dia tau mama dgn papa dia bukan orang senang.. so, dia cepat sembuh :) aminnnn

tomatokering said...

sabar yea mama zara..harap mama dapat
hadapi semua ni. lagipn nie semua mesti ujian dari allah.
allah akan uji kita mengikut kemampuan kita sendiri. ;)

emarieys said...

sabar banyak2 kak...

wida said...

sabar banyak2 yer mamazara. semoga Allah permudahkan urusan awak..insyaallah dgn apa yg kita beri pd org lain, Allah akan balas dengan cara lain pulak..amin

tiefazatie said...

sis..sabarnye..huhu...sedih baca nie..xpe..insyaallah..nt kalu dorg lak..baru dorg rasa sis..huhu..

moga adik aniq sihat cpt ye sis.

joegrimjow said...

jom berubah

everthg will change if u change
;)

buat part time bleh dapat 500-1500
klu full time cam saye, last month 4500 =)

ohoo, ini bukan skim cepat kaya, buat kerja, dapatlah duit
heee

Mama Zara said...

mood dh ok sket ni :) thanks ifa, wida, mamaema & tomato

joe, biz herbalife ek?

anyss said...

Salam,
Saya dah lalui semua ni...dan, dah rasa impaknya bila terlalu berkorban untuk keluarga hingga abaikan diri sendiri.

Biar sebanyak mana pengorbanan anda, pastikan...ada simpanan sendiri di tabung haji atau ASB yang boleh terjah masa terdesak sebabnya: susah kita tak akan ada yang peduli melainkan lelah sendiri ---> bukan hasut, hanya sekadar kongsi pengalaman ngeri


Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

kasihibu said...

Baca en3 wani di pepagi sejuksejan ni sodih pulak
sabar ye wani,
errmm...agaknya gitulah yang
kak long akak rasa masa akak belajar dulu, kalau sesak2 ada gak mintak duit tp masa tu dia bujang lagi
alahai tanpa sedar akak dah menyusahkan dia...syedihhh. :(

Rubi Hambali said...

huhu same la kan kadang2 ada org xpahm kan..aku pn same tp mak abah mmg memahami..adik2 pun dah mula faham..semoga dorg paham jg nanti..
doa selalu dan maafkan dorg k..insyaAllah dorg akan berubah..

Mama Zara said...

anyss, mama setuju dgn anyss... time kita susah, xde sapa pun nak peduli, xde sapa pun bertanya khabar. mama pernah lalui, masa nk bersalinkan yg sulung. penyudahnya, kawan2 jugak yg menolong. kaum keluarga ntah ke mana. :(

Mama Zara said...

kak eja, bukanlah wani kata adik2 x bleh mntak duit...wani sbnrnya jenis yg kalo ada duit, mmg dgn adik2 la wani berhabis. apa dorang mintak insya allah sedaya upaya wani tunaikan. tapi bila x bagi, macam ni plak jadinya. sapa tak sedih kan.

Mama Zara said...

Rubi...aku sentiasa doakan adik2 aku supaya dorang memahami keadaan aku. xde lah nk berdendam cuma sekarang ni aku kecik ati :(

Cyda Acme said...

alaaaa .. sedihnya baca entry mama zara nih ...
sabarlah yek. nak buat cemana ... tanggungjawab kakak sulung mmg besar. kita pon doakan moga2 adik mamazara leh paham keadaan mamazara skang nih ...

Mama Zara said...

cyda, ye tanggungjawab anak sulung mmg besar. tp dlm keadaan seakrang parents mama masih lagi mampu, malahan lagi senang dari mama n hubby.

pasal ni, parents tak tahu menahu. cuma mama terkilan sbb diperlekehkan bila x berduit ni :(

Liya said...

wani...akak rasa tertarik dgn entry kali ni... sebab kisah wani mcm kisah suami akak.. adik2 tahu nak mintak duit je... gantinya tak penah ditunaikan janji... Adik2 tahu mintak SPONSOR je kalo gi memana... Tapi diorang tu bila ada duit tak penah nak belanja kitorang... AKak pun sedih walaupun diorang cuma adik2 ipar....

Mama Zara said...

kak liya, tu kisah adik2 yg dah besar panjang kan. kalo x memahami jugak mmg nak kena lah kan. ni adik2 masih lg belajar. so, wani anggapkan dorang masih muda lg n tak tau pape :(

||aLeaSaRa|| said...

huhu...jgnlah sedih lg ye.kami semua kan ada.Jgn simpan ddm di hati cpt atau lmbt itu semua urusan Allah.Patutnya diorang bsyukur dpr adik-beradik mcm mama zara ni.Kisah kite pun sdh jugak but life must go on,just think +ve 4 everything.

Mama Zara said...

alea..luahan sekadar nak melepaskan apa yg terpendam di hati :)

Unknown said...

bila baca entry nih...tersentuh sgt...harap Kak Long byk bersabar yer....mgkin adik2 nye x memahami situasi Kak Long...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...