Dear kakak,
Mama harap bila dah besar nanti kakak baca balik catatan mama ni. Untuk pengetahuan kakak, dua tahun yang lalu, pada ketika ini mama berada dalam Labour Room, sudah hampir seharian mama menanggung sakit yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Sehari sebelumnya, mama ke hospital sebab dah ada tanda-tanda. Tapi kecewa bila disuruh pulang kerana bukaan serviks masih 2 cm. Sebelum itu, nurse dah cucuk mama bagi ubat tahan sakit kerana kontraksi itu membuatkan mama rasa macam dah nak mati. Kesannya, sepanjang hari mama muntah-muntah. Nurse kata, itulah kesan suntikan tersebut.
Mama tak terus pulang ke rumah, tapi lepak kat rumah Achik Ema sebab situ lagi dekat dengan hospital. Wan kakak pun ada teman mama. Petang itu, mama dah tak dapat menahan sakit. Kami kembali ke hospital. Doktor yang memeriksa mengatakan keadaan mama masih stabil. Tapi kali ni baru dapat dimasukkan ke wad kerana bukaan dah 3 cm.
Malam tu mama bergelut seorang diri menahan sakit. Mujur ada teman sebilik yang baru je melahirkan anak, datang menenangkan mama. Masa tu ayat-ayat suci tak lekang dari mulut... Sesekali mama menjerit Allahu Akbar...tetapi disuruh diam pulak oleh nurse-nurse yang bertugas (Eh, aku bukan jerit meracau-racau tak tentu hala macam patient ko yang bangsa lain tu ok!!!). Mama tak peduli. Sebab dengan menyebut nama Allah sekuat hati tu-sakit mama hilang seketika.
Dalam jam 2 pagi, bukaan masih 3 cm. Tapi sakitnya tuhan je yang tahu. Mama dah tak tahan lagi. Nasib ada nurse yang sudi menolong- tolong bukak jalan. Siapa yang dah pernah beranak normal dan jenis sakit lama tu tahu la kan macam mana proses 'menolong' membuka jalan tu, dikorek-koreknya tuttt kita dengan tangan. Sakit macam nak tendang je orang yang mengorek. Tapi sabar je lah sebab nak cepat-cepat bersalin.
Seingat mama lebih kurang jam 4 pagi dah bukak 4 cm, mama ditolak ke Labour Room. Nurse pun dah contact papa untuk teman mama kat dalam tu. Sejuknya bilik tu mama dah tak terasa. Dek kerana dah mamai sedut gas. Memang mama sedut gas tu tak henti-henti supaya boleh lupa rasa sakit.
Dalam mama rasa sakit tu, papa sempat lari naik wad. Tau tak papa kakak ambil apa?
Sapu tangan kuning! Wan yang bagi, kononnya wan dulu susah nak beranakkan mama, lepas dah pasang kain kuning sekeliling siap atas wan pun (ala2 kelambu) pasang jugak, baru lah leh bersalin-wallahualam. Konon-konon macam keturunan raja lah kan.
So, papa pun ala-ala percaya la dengan cerita wan tu. Tapi cemana pulak nak rentang kain kuning kan? Wan dulu bersalinkan mama kat rumah, boleh la nak buat gitu. So, sapu tangan kuning je lah pengganti. Tapi mama tak percaya pun, buat pegang-pegang je (papa yang pegang). Mama duk pegang alat sedut gas tu je.
Dah masuk Subuh. Tak beranak-beranak jugak. Sakit makin kerap. Papa nak ke surau, solat...tapi mama tak bagi..huhu..takut tinggal sorang2... last2 dalam mamai sedut gas tu rupanya papa pergi jugak, boleh kan mama tak sedar.
Bila papa masuk balik, hari dah siang rupanya. Mama sempat la dengar doktor-doktor berbincang, nak tunggu pakar. Tak tau lah kenapa. Rupanya masa tu mama dah lemah sangat. Nak meneran pon dah tak bertenaga.
Last mama ingat, papa suruh teran sebab dah nampak kepala kakak. Tapi mama dah flat terus. Terpaksa la sedut jugak guna vacuum. By this time, papa kena keluar. Mungkin sebab proses nya yang dilihat sebagai menyeksakan. Kaki diikat ke atas. Untuk mengelakkan pesakit meronta. Tapi mama tak rasa sakit dah masa ni. Sebab overdos gas.
Tepat 8.43 am... lahirlah kakak :) Hilang semua rasa sakit setelah lebih 24 jam bertarung nyawa.
Selamat ulangtahun hari lahir mu sayang.
1 comment:
hmm..bila nmpk anak hilang terus sakit kannn...anak ummi yg kecik dah setaun..teringin nak bb lagi nih...ishh.ishh..
Post a Comment