09 January 2011

Panduan Penyusuan untuk Bakal Ibu Bekerjaya

100_0965

Kenapa tiba-tiba mama nak share info pasal panduan penyusuan untuk bakal ibu bekerjaya ni? Mesti ada sebabnya.

Setelah mama melihat dengan mata kepala sendiri orang yang terdekat dengan mama, berpelajaran tinggi, tapi langsung tak de ilmu pasal ni! Nak kata muda lagi… dah nak masuk 30 pun. Lagipun, jangan nak kata pasal usia lah. Mama yang muda lagi ni boleh buat, kenapa u ols tak boleh kan (incase older than me).

Pertama: Saya pregnant!

Peringkat awal ni penting, masa ni lah u ols kena cari sebanyak mungkin info pasal penyusuan. Atau lebih dikenali sebagai breastfeeding di kalangan kami. Jangan kata tak tau mana nak carik info. Zaman sekarang ni dunia tanpa sempadan. Search je, mesti ada info punya. Jangan kata tak de internet plak. Alasan orang dalam gua je tu. Boleh usaha kan?

Mama preggy kakak masa umur 23 nak masuk 24 tahun. Tak de sapa-sapa yang beritahu pasal breastfeeding ni. Tapi niat dan naluri ibu tu membawa kepada pencarian info di internet dan terjumpa la forum tempat berkumpul ibu-ibu preggy. Dari situ mama temui apa yg dicari.

Kedua: Masa nak melahirkan hampir tiba!

Relax dan tenang. Masa ni cuma pastikan segala kelengkapan untuk membantu penyusuan dah lengkap. Contohnya:

-Breastpump (Jangan takut untuk invest breastpump mahal, sebab u ols akan rasa perbezaannya. High recommended- Avent ISIS Manual)

-BPA Free Bottle (High recommended MAM sebab bentuk puting nya yang boleh mengurangkan permasalahan Nipple Confusion / Tommee Tippee)

-BPA Free Storage Bottle.

Ketiga: Selepas melahirkan…

Jangan panik jika bayi u ols menangis sebab tak de susu, teruskan menyumbat puting breast tanpa henti. Proses tu penting untuk stimulasi semulajadi. Tolong lah jangan sumbat baby dengan susu formula (FM)Once dia dah rasa FM, susah nak biasakan dengan susu ibu (BM) nanti. Mama alami ni masa lepas lahirkan kakak. 3 hari! Bukan sekejap, tapi 3 hari tau. Memang susu nak tak nak je keluar. Tapi berkat sabar, tak bagi FM, dan urutan….susu keluar mencurah-curah.

Puting Pendek? Ohhoooo…no such reason! Sapa kata puting pendek tak bleh bagi susu kat baby. Tak kena cara memanglah baby mengamuk. Teruskan sumbat puting tu, sumbat semua2 sekali termasuk kawasan aerola. Dat’s the right way! Bukan sumbat puting semata2. Lama-lama nanti dia penat mengamuk, dia akan dapat juga sesuaikan diri dengan puting mama dia. Lainlah kalau dah sumbat puting botol.

Keempat: Waktu berpantang hampir tamat… waktu bekerja sudah menanti

Ni baru masa yang tepat untuk buat persediaan. Proses untuk transform dari breast nipple kepada puting botol. Mulakan seawal-awalnya 2-3 minggu sebelum bekerja. JANGAN ajar baby terlalu awal kerana nipple confusion akan berlaku. Bila baby dah mula konpius puting, lama-lama dia dah x mo direct. Bila tiada stimulasi semulajadi, walaupun u’ols pump; lama-lama susu akan kering, trust me!

Mula buat stock masa ni jugak. Tapi kalau agak-agak susu u ols pump ari ni cukup untuk esok, then terpulanglah.

Kelima: Ibu dah mula bekerja

Pastikan u ols dah siapkan cooler bag & ice pack. Tapi terpulanglah dengan jarak ofis ke rumah dan kalau ada peti sejuk kat ofis. Boleh rujuk laman web susuibu.com untuk tempoh ketahanan susu. Pastikan buat jadual sesi mengepam secara berkala. Sekurang-kurangnya 3-4 jam sekali.

PERINGATAN: Saiz breast dan kuantiti susu langsung tak de kaitan! Dah banyak contoh terdekat dengan mama. Saiz tak melambangkan kebolehan ibu tu untuk breastfeed. Semuanya bergantung pada niat.

Dalam group mama, ada je mommy yang badan kurus cikeding, breast kecik, tapi berjaya breastfeed anaknya for more than 1 year.. So, jangan nak kata sebab mama breast selambak then sebab tu susu banyak. Nonsense!

4 comments:

~ yus ~ said...

Setuju! Pokok pangkal niat kita. Kalau kita cepat putus asa, mmg tak boleh nak bf baby. Akak first child tak dpt bf lama. 3 bulan, je bila masuk kerja terus je kasi FM terus dia tak nak bf. Sendiri salah. No 2 walaupun pi keje, masa tu dah pandai nak pump semua, ok je 1 tahun lebih bf. Nak buat 2 thn tak dpt sebab dah dpt baby ke 3. Berebut dengan adiknya...huhuhu.

Mama Zara said...

ye betul kak yus. semuanya pada niat. dan juga ilmu. kalau niat je ada, tp ilmu tak nak cari, pon x buleh jugak kn.

wida said...

terkilan sangat sebab saya hanya bf waiz selama 4 bulan..kenapalah sy x gigih cam ibu2 lain :(

siti natrah said...

as salam,betul tu mama,penyusuan ni perlukan ilmu...in sya Allah saya mahu susukan adeeb sampai 2 tahun..dengan edikit ilmu semoga saya berjaya. salam perkenalan mama,jemput ke blog saya,saya newbie in blog,natrah4ever.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...