Kenapa mama cakap macam tu ye? Sebab mama dah berkecimpung dalam dunia blog ni dah lama. Since 2006. Tapi bukan blogger tegar ye. Sampai ada ketika biar lama tak update, blog bersawang and now, lupa terus url link blog! Dasyat kan. Puas google, tapi tak jumpa :( Ni lah padahnya bila buat e-mail tapi tak pakai.
Awal 2009, lepas lahir anak pertama maka muncullah satu lagi blog. Walau pon papa yang create kan, tapi mama penyumbang tertinggi untuk blog tu. Tapi sebab ikut-ikutan je kannn, orang lain nak blog citer pasal anak, kau pun nak jugak :) Maka sekali lagi bersawangggg.
Tengah-tengah biar besawang tu, pertengahan 2009 mama sendiri create blog untuk gallery-muslimah. Bagi mama, still I am not a blogger during that moment. Sebab apa? Mama update entry jika ada stok baru masuk je. No any other input untuk readers, melainkan bisnes semata-mata.
Perkara ni berlanjutan sampai la mama bersalin kan Aniq Zaquan (pertengahan 2010). Masa tu timbul la rasa tak adil, kakak Auni ada blog khas untuk dia, tapi tak kan nak buat khas untuk Aniq pulak kan? *pengsannnn*
Sedang berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog, mama dapat idea untuk tukar url link. So, tak de lah nampak nama kakak sorang. Jenuh nanti ada 5 anak, 5-5 nak kena buat belog... *pengsan lagiii*
Dari situ baru lah mama ternampak blogger ni ada komuniti rupanya. Ingatkan selama ni tulis-tulis syok sendiri je kan. Tak pun kawan2 terdekat je lah yang baca. Mula saat itulah mama kenal mereka2 yang memang giler blogging...hihii...macam Ben Ashaari, tiefazatie, Mama Zharfan, green apple (Paling suka baca!), Haniz Zalikha dan banyak lagi lah.
Dan baru lah mama tau macam mana nak jana pendapatan through nuffnang tu... This time barulah "ohhhh...no wonder la dah lama letak pun ciput je naik nyaaa...."
Kini (eceh...macam tulis karangan pulak), baru lah rasa macam blogger betul... dulu tu sekadar orang ada blog, kau pun nak jugak *peace*
6 comments:
kihkihkih...kakNo pun buat blog syok sendiri...
kakNo idak ler syok sendiri...ada juga blogwalking sana sini kan...
ni citer wani dolu2, kat sini je terperuk. langsung tak jengah ke luar :)
hehe..setuju sangat!
tapi susah btol nak jana pendapatan dari berblog ni...huhu...kena usaha kuat btol
salam.
nuffnang sangat lambat kan? heheh~
kan kak yus kan?
man- ye memang susah, tapi nak 1000 daya, x nak 100 dalih.
mama dah dpt hasil masa ada keinginan tu. now mood blogging tengah merudum, hasil pon yilek :(
gadisBunga...ye, lambat la jugak :)
Post a Comment