05 July 2011

Bayi berkepala lembut

Salam semua. Mama nak tanya, ada sesiapa yang pernah jumpa/pegang/rasa kepala bayi berumur 11 bulan, tapi masih lembut macam bahagian ubun2?

Hurmm...tak tahu nak cerita atau tak. Tapi selagi tak luah, rasa resah je. Nak jumpa doktor kat Hospital...takut jadi macam kakak dulu...acuh tak acuh je layan :( Sampai mak patient ni rasa malu sendiri...huhuu

Tak tahu lah sejak bila, cuma perasan lately ni (past 2 weeks), masa mama menyusukan Aniq Zaquan... mama suka usap kepala dia. Bila pegang bahagian kepala sebelah kanan...mama tekan2 kulit kepala dia macam lembut. Pegang belah kiri, sah tak sama! But still, ada rasa keras tempurung kepala tu.

Cuma kulit dia macam gel...rasa ada air je bila kita tekan2. Biasa kat ubun2 kan? Ni area dekat2 telinga tu. Kenapa ye? Tapi dia tak menangis...tu yang musykil...hurmmm

3 comments:

missbby said...

mama tak bawak pergi klinik ke? cubalah tanya pada doktor, dapatkan kepastian..

Kembang Perawan 3288 said...

saya syorkan kes ni bawa gi jumpe doctor. hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cpt2 dptkan pandangan doctor ye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...