30 July 2011

He turns to 1! How he was born?

Alhamdulillah... setahun yang lalu, pada waktu dan saat ini..mama baru sahaja merasa sakit2 'manja' setelah di induce pada jam 6 pagi. Sakit2 yang masih membolehkan mama mandi pagi itu sendirian... Walau berjalan terkepit-kepit- bimbang bayi jatuh...hehe, tapi masih lagi boleh layan makan-makan...

Sekitar jam 12, mama setia menanti papa bawakan Teh ais. Ketika sedang makan tengahari tu (papa suapkan), sakit perut makin menjadi-jadi. Namun mama masih boleh bertahan kerana hadirnya seorang jururawat pelatih yang mahir sungguh membuat urutan di bahagian pinggang. Sedih pula mama fikirkan bila mama terlupa nak bertanyakan nama. Tapi wajahnya masih terpahat dalam ingatan mama. Nurse muda yang gemar bermekap :)

Belum sempat nak meneguk teh ais itu, doktor datang memeriksa kerana perasan muka mama yang berkerut lain macam. Dan...7 cm! Mama terus ditolak ke Labour Room... Tanpa sempat papa dipanggil masuk ke LR, akhirnya Aniq Zaquan terlebih dahulu menjenguk keluar. Sungguh senang, walau pun ada juga pertelingkahan kecil dengan jururawat 'tua' yang memarahi mama kerana lupa bagaimana nak meneran, sedangkan jarak adik dan kakak tak sampai 2 tahun!

Padahal mereka tak habis selidik, masa kakak dulu...mama tak keluarkannya secara meneran bersungguh-sungguh! Sebalik nya kakak di 'vacuum' Oh..tak apa la kan, kisah dah berlalu.

Dan hari ni...genap setahun umur mu nak... Sama dengan hari ulangtahun Pak Su Edi...yang mana pada tahun lepas, beria-ria dia minta mama tahan, jangan bersalin pada tarikh jangkaan yang diberikan pada doktor iaitu 19hb! Mama katakan pada PakSu..Ianya mustahil kerana terlebih 11 hari...

Namun kuasa Allah yang menentukan segalanya, DIA dah merancang untuk mengeluarkanmu pada tarikh yang sama dengan pak su mu dilahirkan, 14 tahun yang lalu. Dan hari ini, kamu berkongsi tarikh lahir dengan paksu! Subhanallah...maha suci Allah.


Selamat Ulang Tahun Pertama Aniq Zaquan dan yang ke-15 buat PakSu Edi

p/s: Mama macam terdengar pak ngah nak belanja kek?


2 comments:

wida said...

Happy besday aniq:)

Jue said...

dah setahun rupanya...
happy bezday aniq moga allah panjangkan umur,dimurahkan rezeki serta acik doakan aniq jadi anak yang solehah.....

buat pak su edy..happy bezday gak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...