07 July 2011

Keputusan X-Ray Kepala Aniq

Menunggu lama itu bukan lagi masalah bagi mama dan papa. Kerana kami dah biasa. Dan memang kena biasakan diri sebab nak dapatkan khidmat percuma dari kerajaan, kan? So tak boleh nak complain lebih2 kalau terpaksa menunggu lama. Dah tak berduit banyak.... buat lah cara orang tak berduit banyak, ye tak?
Tapi bila terpaksa menunggu lama sebab doktor lupaaaaaa nak panggil... itu amat2 dikesali. But then, no problem since doktor muda itu dengan humble nya memohon maaf berulang kali. Sejuk hati mama, marah diketepikan. Tak apalah, doktor pun manusia biasa jugak kan...bukannya malaikat.

Bila ke ED ni, mama berdoa semoga doktor yang pernah mama ceritakan di SINI tu dah bercuti bersalin. Harap sangat tidak diketemukan dengan beliau lagi. 

Tapi dah jodoh tak ke mana kan. Walau mama dpt sesi consult dengan doktor muda yang humble tadi, tapi beliau yang kelihatan masih baru itu pergi lah merujuk dengan doktor 'acuh tak acuh' yang mama cuba elakkan tu! Seperti biasa....kelakuan dia masih sama! Ohh...apalah malang nasib. Malas nak cerita lebih2.

Setelah keputusan x-ray keluar...ini jawapannya:










Tak ada keputusan.

Merisaukan tak? Positif tidak, negatif pon tidak. Hati ibu mana lah yang tak risau. Ada kelainan sedikit pada paparan x-ray itu. Juga pada tempat yang sama dengan bahagian kepala yang kelihatan seperti berisi air di luar tempurungnya. 

Tapi doktor2 yang mama kira seramai 4 orang tu pun tak dapat nak diagnose, kesan apakah itu :(

Hari ni mama akan pergi ambil tarikh untuk appointment seterusnya, berjumpa PAED pulak.

8 comments:

~ yus ~ said...

hmm mmg risau kalau macam tu ya wani...


takpe jumpalah PAED lepas ni...harap dapat penjelasan lebih baik..

kak yus pun pergi hospital kerajaan Wani, mmg kena tunggu lama..lumrahlah tu..huhu

missbby said...

hmm pelik jugak kan, bila kata takde keputusan..terus jumpa pakar kanak2 la..ok..

Hasya said...

TARESKAN CHECKUP YE.JGN GIVE UP. AGAK PELIK BILE DOC X DPT DIAGNOSE. KALAU IA X MEMBERI KESAN NEGATIF TAKPE LA.KT SERAH PD ALLAH

AKAK PERNAH DAPAT ANK BUAH YG ADA CECAIR DLM KEPALA. TP IA MEMANG SGT JELAS. DAN X SAMA KES NGAN ANIQ.

INSYA ALLAH ANIQ OK. BYKKN BERDOA

Maya Mayana said...

semoga mendpt penjelasan yg sebaiknya...doktor ni pn org jugak,kdg2 tingkah diorang pun tkde bezanya dgn kita...semoga tiada yg merisaukan hati lg

diana said...

tak kena kat doktor tu..
tu yang dia buat acuh tak acuh..
sabar je la..

Sofya said...

buat doktor tu.. "dah tak larat ambik cuti awal ja la"

doktor tmpt kita refer bila kita rasa something di luar ilmu dan kemampuan kita.. kalau doktor pun xleh nak kata apa.. layakkah jadi doktor?!

Aina said...

biarlah banyk doktor nak kena jumpa asalkan final resultnya memuaskan hati.kerajaan ke swasta ker pergilah selagi mampu. kami doakan anak wani tak apa-apa...

sy ada pengalaman dgn kwn yg pergi jumpa 2 doktor yg ckp anak dia tak ape2.untill doc ke3 baru dpt tahu apa sakitnya...ms tu agak terlewat sikit.

qemaishak said...

Wani..kalau spital tu takde keputusan, elok rujuk spital lain pula, tengok camana..risau gak kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...