11 August 2011

Kanak-kanak dan LEGO


Kalau tengok pada paket pembungkusan LEGO ni, rasa2 mama lah...rata2 mesti ada menulis hanya untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas kan. Tapi mama ni jenis eksaited tak nyempat-nyempat nak tengok anak main. Masa kakak umur 2 tahun, mama ngan papa pernah pergi shopping kat Macy. Tingkat bawah tempat tu ada port mainan untuk kanak-kanak. Dan di situ ada LEGO. 

Sangat memeranjatkan kami kerana sebelum ni memang tak pernah beli/bagi LEGO pada kakak. Tapi kakak boleh dan tahu bagaimana nak cantumkan LEGO tu bagi membentuk bongkah yang tinggi.

Sejak dari itu lah kami belikan LEGO untuk kakak, walau sedar hakikat had umur tu kakak lum capai. Sumtimes timbul juga kemusykilan. Kenapa tak tulis above 2 years? Nak kata takut budak telan...besar gedabak kot bongkah LEGO tu...kita nak telan pon tak lepas masuk mulut.

Suka tengok anak-anak mengembangkan kreativiti mereka melalui permainan sebegini.

p/s: Anak-anak u ols main LEGO jugak ke?

Nota kaki: Nampaknya proses perceraian Auni Zara dibatalkan. Dia dah kembali rujuk dengan botol susu pink kegemarannya sebaik sahaja pulih dari muntah2 tu...huhu

8 comments:

wida said...

sy lagi terlebih eksaited wani..waiz belum setahun dah beli lego ni.
tapi mula2 tu dia x pndai nak main..skrg retilah:)

cucu umie said...

adik ayie yg twins tu main lego..hehe

-Sara- said...

syaqir pon suke main lego sgt2..pagi kitorg bgn sahur die pon sebok bgn main lego die..hehe

mcm2 die buat..kretip sungguh! :)

juelee said...

baru smlm opah rayyan belikan lego tapi die tak pandai main pun, ngap masuk mulut adoo.. hahhaa

Mama Zara said...

wida, tu lah biasanya yg eksaited terlebih ni mak je kan...

Mama Zara said...

ayie...lego ni bagus :)

Mama Zara said...

Sara, suka kan tengok bebudak kretip

Mama Zara said...

juelee...mungkin belum tiba masa lg tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...