Pada yg belum tahu, dah hampir 11 bulan kami suami isteri tinggal berasingan. Bukan lagi weekend husband and wife, tapi adakalanya monthly husband and wife :) Puchong dan Kota Bharu bukanlah jarak yang dekat kalau nak ulang alik setiap minggu kan.
Mula-mula sekali, memang TAK YAKIN nak jaga anak2 sendiri tanpa bantuan sesiapa. So, percubaan dimulakan mintak umi tinggal sekali, tapi orang tua kan. Faham-faham je lah...lama mana lah sangat nak tinggalkan rumah dia. Maka, dapatlah dalam 2 minggu... Umi nak balik.... Minta jagakan kakak sekali sebab mama memang tak yakin boleh jaga dua beradik serentak, dengan adik yang masih menyusu masa tu. Kakak pon masih lagi minum susu botol.
Tak dapat bayangkan malam2 kalau keduanya bangun mintak susu serentak, cemana nak handle kan? Tapi sebulan je kakak duduk dengan neneknya. Tak lama lepas tu, dia sendiri mintak nak duduk dengan mama. Tak mo dah duduk dengan uwe. Kat sini lah cabaran bermula.
*Menangis takut kambing*
Anak takut kambing, menangis...nak mama!
Nak minum air oren, letak dalam botol....nak mama!
Nak mandi sendiri, tapi nak gosok gigi....pun dengan mama!
Ye lah...dah mama je yang ada, sapa lagi nak layan anak2 kan. Selama ni dalam keadaan yang sangat selesa... Hampir 4 tahun di Puchong...segalanya dibuat bersama. Eh, ye ke bersama? Rasanya lebih pada papa....
Anak nak mandi.....nak papa.
Anak nak susu....pun nak papa.
Anak nak yakkkk....pun yg basuhnya papa.
Maka, ketentuan Allah tu adil kan... dah terbiasa senang, maka kali ni diuji sedikit....gitulah kira2nya. Alhamdulillah, kira-kira beberapa minggu sebelum bulan puasa... diberitakan khabar gembira.
Tapi ketentuan Allah tu rapi dan cantik aturan hidup untuk hambanya... mama keguguran pada hari kedua berpuasa. Allah tahu, mama mungkin tak kuat untuk mengandung berjauhan dari suami dan nak menguruskan anak2 lagi.
Berpantang bersendirian... mujur ada keluarga pengasuh anak2 yg memahami, 1-2 hari diorang ambil jaga anak2 smpai malam, kemudian dah malam hantar balik....ada lah ruang nak berehat sikit. Dan bertuah juga anak2 boleh diharap untuk picit2 kaki mama...
Kekuatan mental sangat2 penting bila menguruskan anak2 bersendirian ni, tambah2 lagi bila kita keluar... apa saja aktiviti dengan anak2, macam2 yang kita kena bersedia... Anak menangis takut nak check gigi...ponnnn kita kena kuatkan mental, nak pujuk anak2 ni....
Anak makan comot2 kat luar...pon kena kuatkan iman... Nak marah2 diorang kat tempat umum...memang TAK la kan...so kena sentiasa bersedia dgn tuala etc... baju spare... Kalau ada papa nya sekali, tak la kalut macam ni... Jaga sorang satu...
Adakalanya anak2 nak makan sendiri... nak kena bagi jugak walaupun kita ni lagi senang nak suap anak2, tak mo buat keje mengemas byk2 kali, lap lantai etc nak2 lagi lepas anak2 makan..kan? So, kenalah bijak pilih menu apa nak masak nak bagi bebudak senang makan tak sepah2
*They enjoy my homemad mashed potato*
*Hasil karya Auni Zara*
Dan yang paling mencabar...bila anak2 sakit, SERENTAK! Allah je la tahu macamana perasaan seorang ibu ni...
Tapi, biar apapun yang terjadi...hidup kena teruskan... walau kita sentiasa rasa letih, penat di tempat kerja...balik nak melayan anak2 lagi... Just let them do whatever they want, once they sleep... kita buat keje rumah, kemas2 apa2 yg sepah then ITU LAH MASA TERBAIK UNTUK KITA BEREHAT SAMA.
Syukur dikurniakan suami yang memahami... setiap kali papa balik, itu lah masa terbaik mama nak berehat. Segala urusan dengan anak2 akan diambil alih 100%! Syukur ya Allah!
12 comments:
InsyaAllah..belajar berdikari ni kdg2 menguji kita..semoga dipermudahkan..
bila baca entry ni teringat pengorbanan ibu kita dulu2...meembesarkan anak2 dengan mcm2 dugaan...syukurlah kepada Allah, memberi kita kesempatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...sy pun bersyukur sgt2 sbb dpt suami yg sgt memahami dan sentiasa mambantu dlm menguruskan anak2...:)
Fuh! Wani mmg btui2 supermama. Mmg susah tp ALLAH permudahkan.. Amin3
Memang kagum dgn kak an.kak na tak tahu le blh uruskan seorg diri @ tak.klu dulu farisyah sorang blh kot tapi sejak ada faez nie tak tahule....
tabahnya wani..tapi terpaksa kena lah buat kan.
insya allah can make it...still me weekend wife...alhamdullillah la downgrade sket dari yearly wife ke weekend wife...
dugaan maha besar, anak2 tgh membesar...mcm2 ragam...kite tego A,dia ubah B...kdg2 sendiri menangis...huhuh
Qema pun tak dapat bayang kalau berjauhan dgn suami sebab dia banyak tlg kat rumah terutama bab urus anak-anak..dugaan besar kan wani tapi demi anak kita rasa kuat je walau seharian kerja balik nak layan mereka lagi...supermom:)
nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
alahai..cumeyy .. takut kambing ehhh.. heee
hai.. salam kenal,
follower no.498
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
saya kagum sngat kt akak...akak btul2 kuat..nasib baik la saya xkawen lgi...klau da,xtaula camne.moga hidup akak sentiasa dberi kemudahan olehNya..lapang2,jemputla cuci mata di onlinehijab.com
Saya memahami apa yang awak alami. Banyakkan bersabar kerana susah itu sementara diorang kecik jer. Dah besar nanti senang...terasa sunyi lak sebab masing-masing dengan urusan sendiri dan dengan kawan-kawan.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment